Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

27 January 2023

Kenapa anda perlu bakar perabut Ikea untuk berhenti beli perabut Ikea - Idea boikot mengarut

  Ano Nyme       27 January 2023


Artikel untuk bakar Volvo, bakar perabut Ikea dan bakar pakaian H&M, serta apa saja barang berjenama dari negara Sweden saya tulis semalam. Tujuannya bukan untuk galakkan buat semua perkara tersebut.

Hanya nak beritahu ia bukanlah satu idea yang hebat. Saya tak sokong idea boikot sebegitu. Lagipun, gerakan boikot cuba dilakukan secara sukarela dengan harapan ramai yang akan sokong dan ikut.

Tak pernah berlaku begitu pun. Ada la kesan sikit. Lepas tu hilang kesut ke udara. Hangat-hangat taik ayam.

Bab boikot hanya dapat dilakukan melalui kuasa besar berdasarkan undang-undang atau kuasa yang ada pada sesebuah negara. Contohnya, kerajaan Malaysia kenakan cukai khas untuk apa saja barang keluaran negara Sweden dengan jumlah yang tinggi. 

Apa saja barang yang masuk dari negara Sweden dikenakan cukai khas berganda-ganda tinggi. Sehingga harganya jika rakyat nak beli jadi berlipat kali ganda.

Hanya itu saja yang akan beri kesan buruk kepada pasaran produk mereka, khasnya di dalam negara kita. Bab ekonomi ni semuanya dimainkan dengan kos. Samada murah atau mahal. Kerajaan ada berani ke?

Satu lagi cara adalah dengan menggunakan sentimen agama. Persidangan ulama yang ada tauliah untuk keluarkan fatwa boleh gazetkan semua barangan dari Sweden dihukumkan haram dari penggunaannya. Ulama ada berani ke? 

Itu baru betul boikot.

Jika ada gagasan beberapa negara Islam yang saling bekerjasama dari segi ekonomi bersekongkol lagi bagus. Semua isu yang berkaitan boikot akan dilancarkan melaui gerakan gagasan beberapa negara yang terikat dari segi kerjasama ekonomi.

Halang kemasukan. Kenakan cukai tinggi dan sebagainya.

Tapi anda sendiri tahu itu semua kerja gila yang tak akan dilakukan orang selain dari negara yang dikuasai oleh Ayatollah atau pemimpin seperti di Korea Utara. Mereka memang dah selalu kena boikot dan asyik terasing dari dunia antarabangsa pun.

Bakar perabut Ikea

Betul! Kempen yang mahu dilancarkan adalah kempen berhenti dari membeli apa saja produk dari Sweden.

Cuba ambil contoh perabut Ikea dari Sweden tu.

Anda dah beli perabut tu, comel, berbaloi, style, moden dan ramai kawan serta saudara yang memujinya. Sebab itupun anda beli. Dah berkenan dan anda rasakan apa yang dapat dengan harga tawaran adalah berbaloi mengikut citarasa.

Katakan kawan datang berkunjung ke rumah tadi, dia dapat idea dan inspirasi untuk dapatkan perabut dari Ikea juga. Apatah lagi dah melihat sendiri contoh semua perabut dan segala susunannya di rumah anda tadi.

Balik ke rumah, dapat tahu rupanya sedang giat dilancarkan kempen henti beli produk dari Sweden. Bagaimana anda dapat terjemahkan kempen itu dengan andaian anda seorang yang kuat menyokong apa saja agenda perkasakan agama?

Cara mudah adalah jangan beli perabut terus. Selamat duit tabung.

Tapi tentu anda masih tidak berpuas hati begitu. Lalu anda cari alternatif perabut dengan idea macam Ikea dari jenama lain. Anda pun beli perabut Teakita jenama tempatan yang taukehnya orang Kashmir, Pakistan. Perabut dibuat dari Indonesia.

Itu baru puas. Jumlah perbelanjaan beli perabut meningkat tapi jualannya tidak masuk kepada Ikea. Barulah Ikea terasa ada kesannya. Dia akan sesal kenapa pasaran baru itu telah gagal diambilnya.

Anda dan lebih ramai lagi buat perkara yang sama. Beli juga perabut tetapi bukannya dari Ikea. Ramai dan ramai lagi lakukannya.

Akhir sekali semua pandangan mengarah kepada mereka yang dah membeli perabut Ikea. 

Kawan anda teringatkan pada perabut Ikea yang anda tunjukkan di rumah tadi!.

Katakan anda juga seperti kawan tadi. Seorang yang menyokong kuat pergerakan ke arah memperkasakan agama. 

Kawan talipon dan beritahu sekarang semua orang lancarkan kempen henti beli perabut Ikea. Jadi dia tak jadi ke Ikea. Sebaliknya ke Teakita. Padan muka Sweden.

Kawan anda minta anda juga turut sama ikuti kempen tersebut. 

Mana boleh anda seronok pakai perabut Ikea sedangkan semua orang tak boleh beli produk yang sama. Anda tidak sepatutnya mendapat keistimewaan pakai produk Ikea sedangkan semua orang lain yang nak beli perabut tadi tak dapat sebab support kempen henti beli produk Sweden. Tak adil gitu! Bukankah anda juga penyokong kuat pergerakan perkasakan Islam?

Anda perlu terjemahkan perjuangan berhenti beli produk Sweden itu juga.

Tiada cara lain selain dari membakar perabut di rumah tu. Padan muka. Anda terpaksa buat begitu untuk membolehkan anda beli perabut baru sebab perabut dah tak ada.

Barulah boleh sakitkan hati Ikea dan kenakan Sweden bila anda keluar beli perabut Teakita juga, dan bukan Ikea. 

Sekali lagi Ikea kesan nilai pasaran atau belian perabut meningkat namun tidak ada satu pun yang masuk ke dalam kocek mereka.

Baru betul.

Sebab itu saya katakan untuk terjemahkan aktiviti berhenti beli barangan Sweden kena bakar atau lupuskan semua barangan itu dari simpanan anda. 

Kalau tidak, seruan itu hanya simbolik dari mereka yang sering menggunakan isu sedemikian untuk mendapatkan publisiti murahan kononnya mereka pejuang agama dan bangsa saja.

Itu semua kerja personal branding. Ambil kesempatan mana saja boleh.

Kuatkan pemahaman Islam

Tiada cara lebih baik untuk kuatkan umat Islam selain dari berusaha menjadi bangsa yang hebat di dunia ini. Itulah yang Allah katakan dalam Al-Quran. Jika anda benar-benar ikut panduan Quran, anda jadi bangsa hebat, aman makmur sejahtera dengan anugerah yang melimpah ruah.

Tapi kenapa umat Islam tak jadi macam tu?

Adakah cara umat Islam fahami apa yang Quran suruh salah. Mustahil apa yang ada dalam Al-Quran itu yang salah. Tuhan jamin Quran itu dariNya dan tiada ada kelemahan dan kesalahan dan kecelaruan dalam Al-Quran. 

Semua itu tak dapat dijawab selain dari mengkaji dan meneliti apa yang Al-Quran suruh. Buka, baca, fahami, bandingkan dari berbagai terjemahan dari semua sudut.

Ada seribu satu usaha untuk terjemah atau tafsirkan Al-Quran di seluruh dunia sekarang. Ada cara kod 19, ada Sam Gerran, ada Muhammad Asad, ada terjemahan universal, ada terjemahan liberal, ada terjemahan orientalis, ada terjemahan sunni, ada syiah, ada lama ada baru, ada perkataan demi perkataan .. banyak sangat. Kenapa tak dimulakan sedikit demi sedikit ambil inisiatif sendiri untuk benar-benar berusaha membuka minda dan memahami Al-Quran?

Saya kata pada diri sendiri semua di atas tu .. saya yakin anda yang membaca ni dah dan masih tekun melakukan semua usaha memahami Quran seperti mana yang saya sebut tu.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Kenapa anda perlu bakar perabut Ikea untuk berhenti beli perabut Ikea - Idea boikot mengarut

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !