Apa yang mahu saya kongsikan ini adalah khas kepada anak-anak gadis yang masih muda, belum mendirikan rumah tangga dan ada keinginan mendapatkan seorang suami yang baik dan bertanggung jawab.
Pandangan dan nasihat saya ini adalah berdasarkan pengamatan dan pengalaman setelah menjalani hidup ini dan mendirikan rumah tangga.
Muda yang saya maksudkan adalah untuk anak-anak gadis dalam linkungan umur antara 14 tahun ke 28 tahun.
Jika anda sudah melepasi umur 28 tahun dan masih belum berkahwin, saya rasa anda sudah lepaskan peluang zaman keemasan anda untuk menjadi rebutan lelaki yang baik dan bertanggung jawab.
Apatah lagi jika anda lewatkan dan masih tak mahu mendirikan rumah tangga atas nasihat mereka yang menggalakkan anda mengejar kerjaya dan menjadi seorang wanita yang hebat. Ternyata anda mengambil nasihat dari mereka yang cuba menipu diri dan mahu rosakkan dirinya sendiri dan orang lain serta masyarakat.
Dengan itu saya teruskan kepada nasihat yang mahu saya sampaikan khas untuk anak-anak gadis yang masih belum berkahwin di bawah.
1. Jangan tangguh kahwin
Saya ulang apa yang kat atas tu sebagai nasihat yang pertama. Jangan tangguh untuk berkahwin atas alasan nak kejar kerjaya, nak sambung belajar, nak jadi hebat sebab semua orang kata anda hebat dan sebagainya.
Sasarkan untuk berkahwin sebaik saja mendapat jodoh lelaki yang baik dan bertanggung jawab sebelum anda melepasi umur 28 tahun.
Maksudnya anda perlu sasarkan untuk mencari dan bertemu dengan jodoh lelaki yang baik sebelum masuk umur 28 tahun.
Azam begitu dan masukkan permintaan itu dalam setiap doa selepas solat fardu dan setiap kali anda mahu lelapkan mata untuk tidur di malam hari.
Ada banyak pendapat songsang sekarang yang kata tak kahwin pun ok asalkan anda hidup bahagia seorang diri. Tolong jangan percaya dakyah sesat yang cakap sekadar ikut-ikutan sebegitu.
Itu adalah anutan agama mencari bahagia yang tak akan anda temuipun kebenarannya. Bila bahagia jadi doktrin pegangan hidup, anda akan sembah apa saja asalkan dia membawa bahagia.
Hidup manusia tenggelam timbul dengan bahagia, duka, risau, teruja, dan lain-lain seumpamanya. Itu mainan emosi yang memberikan isyarat untuk anda ambil tindakan. Hanya orang gila saja yang dianda emosi bahagia non-stop sampai mati. Orang normal tak macam tu.
Lelaki yang baik sejujurnya tak pandang kelulusan anda, diploma, degree, master atau phd. Tak ada pun tak apa. Jangan risau bab itu dan jangan tertipu dengan dakyah perempuan perlu sinting lengan sama hebat dengan lelaki.
2. Tak perlu pandai cari duit
Selain dari lelaki pemalas dan tidak ada tujuan hidup serta tak suka pegang tanggung jawab, tak ada suami yang mahu isterinya jadi bijak, pandai cari duit banyak dan bawa balik ke rumah untuk kegunaan keluarga.
Apa yang suami bertanggung jawab perlukan hanyalah sokongan, dorongan, galakan, ambil tahu, selami keadaan suami yang mahu memainkan peranannya mencari rezki yang mencukupi buat penuhi keperluan semua tanggungannya.
Itu bukan kerja yang susah untuk dilakukan. Saya lihat ramai perkahwinan yang suaminya berjaya, bahagia dan terbina keluarga yang baik hasil dari kerjasama antara dorongan dan galakan serta kefahaman peranan isteri terhadap suaminya.
Secara alami, seorang lelaki ditanam rasa kepuasan dalam hidup bila dia berjaya mainkan peranannya sebagai lelaki yang bawa balik semua keperluan hidup untuk keluarganya. Tugas isteri adalah jaga anak-anak dan keadaan rumah tangga.
Pastikan anda sentiasa berada di samping suami ketika senang atau ketika susahnya. Jadi teman setianya dan bantu dari segi sokongan moral. Itu amat penting!
3. Belajar memasak
Makin lama, semakin menjadi-jadi kemunculan kaum wanita yang dengan bangga mengaku tak reti masak.
Itu bukan benda baik untuk wanita. Tok nenek anda akan muntah mengigil jika dan dapat lihat sikap bangga tak reti memasak anak cucu perempuannya sekarang.
Tak ada kesenangan yang lebih baik buat seorang lelaki yang apabila balik keletihan dari kerja selain dari dapat menikmati hidangan masakan isterinya yang sedap dan menyelerakan.
Samada kaum perempaun sedar atau tidak, tak pernah lagi saya dengan suami yang sekalipun dah kenyang makan dengan kawan-kawan balik tak makan apabila isterinya hidangkan masakan yang dia usahakan dengan penuh kasih sayang. Tak payah tanya nak makan atau tak, hidang saja dan dah tentu dia akan duduk makan.
Tak perlu pandai masak sampai tahap chef restoran 5 bintang pun. Tahu apa masakan kegemaran suami dan buat yang terbaik untuk itu.
Selagi suami ada di rumah, akan balik rumah, pastikan anda ada di rumah untuk tunaikan tugas memasak untuk suami itu tanpa gagal. Melainkan ada kecemasan yang perlu anda tinggalkan suami buat makanannya sendiri. Itu dimaafkan.
Ertinya, jika tugas suami adalah keluar rumah dan cari rezki untuk bawa balik, maka tugas seorang perempuan adalah untuk pastikan ada di rumah bila suami balik dan hidangkan makanan untuknya.
Sebab itu anda erlu rajin, suka dan pandai memasak.
4. Jaga pakaian dan penampilan
Tak kisah samada anda suka K-Pop atau minat mana saja artis barat yang seksi, tapi jangan sampai terikut dengan cara pemakaian mereka yang terdedah seperti jalang.
Samada anda sedar atau tidak, lelaki akan layan anda macam jalang jika anda perpakaian dan bersikap seperti seorang jalang. Itu fakta yang anda sendiri tahu.
Tanyalah lelaki nakal atau baik, dia akan tahu bezakan antara perempaun calon isteri berbanding perempuan sekadar untuk menggatal dan bermaksiat.
Wanita yang terjaga penampilannya akan bertambah tinggi nilai maruah yang dia pamerkan. Makin terjaga, makin kelihatan bermaruah. Itu wanita yang digilai oleh lelaki baik yang bertanggung jawab.
Jangan keliru antara menjaga maruah dengan sombong. Itu 2 perkara yang sangat jauh berbeza.
5. Jangan cakap kasar, elak mencarut
Mulut seorang perempuan adalah lebih tajam dari laser. Memang begitu kejadian wanita dalam tindak tanduk kehidupan mereka.
Perempuan akan bertindak agresif hanya dengan menggunakan mulut dan percakapannya sahaja. Sudah cukup untuk melukakan lelaki. Ramai perempuan yang menyiksa suami hanya dengan mulutnya sahaja.
Oleh itu, jaga perkataan dan jaga percakapan anda. Jangan berikan isyarat anda mampu kasi suami maut dengan mulut celupar dan kurang ajar yang anda pamerkan dalam hidup seharian.
Mulut manis menggatal melawak lucah juga pelu dielakkan terus dari kamus kehidupan anda. Jangan berikan isyarat pada lelaki yang mulut anda macam jalang.
6. Cari kawan penasihat yang betul
Kawan wajib yang anda perlu ada adalah seorang wanita yang terbukti berjaya dalam perkahwinan mereka sudah 30 ke 40 tahun. Lihat keluarga wanita itu dan segera dampinginya.
Jika ibu anda sendiri adalah seorang isteri yang kekal sebagai isteri bersama ayah anda dari muda sampai ke tua, maka anda sesungguhnya amat beruntung. Dengar cakapnya dan jadikan dia role model. Jangan sesekali anggap ibu anda berfikiran kolot sedangkan dia dah buktikan kejayaannya menjadi seorang wanita yang hebat dan sangat berjaya.
Kalau ibu dah tiada, atau jika ibu anda sendiri gagal dalam perkahwinannya, sila cari seorang wanita yang terbukti berjaya dalam perkahwinannya. Samada jiran, ibu saudara, saudara jauh atau dekat. Itu kawan atau teman hidup yang anda perlu rapat dan kerap mendengar pandangan dan nasihat serta melihat gaya hidupnya berkeluarga.
Elakkan dari berdamping dengan janda yang terbukti gagal dalam perhubungan perkahwinan mereka. Jangan ambil dan dengar nasihat mereka untuk mendapatkan hubungan perkahwinan yang baik dan bahagia. Mereka tak ada pengetahuan untuk itu dan dah terbukti gagal pun.
Kawan saja boleh, tapi tak perlulah rapat sangat sampai jadi sumber pemberi nasihat anda. Tambah-tambah lagi jika perempuan itu bercerai kemudian kahwin dan kemudian bercerai lagi ditinggal kan suami. Memang dah sah siapa yang bermasalah di situ. Jauhkan diri dari perempuan jenis itu.
Kecuali jika anda kenal janda yang lebih banyak salahkan dirinya sendiri berbanding diri orang lain atau bekas suaminya. Dengar dan belajar dari kesilapannya. Fokus bukan untuk cari siapa salah. Tapi untuk kekalkan perkahwinan dari muda sampai ke tua hingga meninggal dunia dan berjaya besarkan anak-anak sehingga dewasa dan berkeluarga.
Sekali lagi saya pesan, buka mata dan lihat serta cari penasihat yang baik dari kalangan saudara mara, jiran, atau rakan dan taulan. Pergi rapat dan kekalkan hubungan. Penting ni!
Kesimpulan
Setakat itu apa yang nak saya katakan. Dah tentu ada lagi perkara lain yang boleh dikatakan, tapi setakat ini, itulah yang saya rasa paling utama.
Saya yakin ramai yang tak akan setuju dengan apa yang saya kata di atas. Ramai para ustaz yang kononnya nak ambil hati kaum wanita yang berikan nasihat entah apa-apa. Kononnya isteri tak payah buat apa-apa bersolek dan ber SPA saja. Tak payah masak dan tak payah basuh baju.
Jika ada wanita yang lansung tak buat kerja rumah, tak masak, tak kemas dan tak membasuh dan sebagainya, dah tentu dia akan membesar menjadi seperti ikan buntal. Jangan harap ada suami yang bangga dengan isteri sedemikian.
Macam saya dah sebut di atas tadi. Doktrin hidup mahu bahagia adalah sesat lagi menyesatkan. Tak akan tercapai pun. Anda yang kejar tujuan hidup untuk bahagia biasanya akakan kecewa dan berubah sembahan dari satu berhala ke satu berhala lain sehingga akhirnya tua dan mati sia-sia.
Untuk menempah kejayaan dalam kehidupan seorang wanita sebenarnya adalah sangat mudah. Anda hanya perlu laksanakan tugas sebagai seorang isteri yang baik sahaja. Jaga suami, jaga anak-anak dan jayakan keinginan suami untuk membina sebuah keluarga yang berjaya.
Sekian!
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !