Minggu lepas ketika bersiap nak balik ke rumah dari pejabat, saya dapat panggilan dari salah seorang pekerja syarikat.
"Boss!, van kita terbakar!"
Itu saja yang dia mampu cakap. Dia panik, risau dan tak tahu apa nak buat.
Itu pengalaman pertama saya berdepan dengan kes kenderaan syarikat terbakar selama berniaga dan berpuluh tahun dan dah ada berpuluh kenderaan bertukar ganti.
Mendapat panggilan pekerja memberitahu kenderaan terlibat dalam kemalangan adalah perkara biasa. Tak kerap berlaku, tapi memang dah banyak kali terjadi.
Tapi van terbakar membuatkan saya sendiri tak tahu nak buat apa.
Selamatkan diri dahulu
Apa yang saya teringat nak buat adalah bertanyakan di mana van itu berada.
Bila dia jawab depan rumahnya, saya terus beritahu untuk selamatkan diri sendiri dan pastikan tak ada kenderaan disebelahnya.
Yang penting jangan cuba jadi hero untuk selamatkan van yang sedang terbakar dengan api yang semarak kuat.
Nasib baik semua kenderaan yang sebelum itu ada bersebelahan sudah di ubah. Kebetulan dia parkir van jah dari rumah dalam 15 kaki melegakan saya.
Jiran yang ada cuba padamkan api yang besar pada depan van itu dengan menggunakan fire extinguisher. 3 unit digunakan, tapi semuanya hanya sia-sia saja. Api macam buat tak tahu saja dan terus semakin lama semakin membesar.
Bomba sudah dihubungi oleh pekerja saya dan mereka hanya berdiri dari jauh melihat saja sementara menunggu kedatangan bomba.
Alhamdulillah, pantas saja bomba sampai. Dengan kekuatan air pancutan bomba api terus terbakar. Van sudah 100% terbakar sekali dengan semua peralatan kerja dan semua dokuman kerja yang ada di dalamnya.
Mungkin berpunca dari bateri
Saya sampai di tempat kejadian ketika pihak bomba sudah selesaikan tugas mereka dan sedang merakam beberapa gambar kejadian. Pita menghalang masuk ke kawasan van di lilitkan sementara menunggu pihak forensik dari bomba datang.
Saya bertanyakan kepada pegawai bomba kenapa boleh jadi macam tu?
Pemandu van sudah selesaikan jalankan tugasnya malam itu dan sudah sampai ke rumah. Dia parkir di depan dan masuk ke dalam rumah untuk bersihkan diri.
Ertinya van dalam keadaan dimatikan enjin dan dalam keadaan tidak beroperasi.
Ketika dia keluar dari bilik air rumanya kedengaran pintu rumahnya diketuk bertalu-talu. Dia keluar dan terlihat api sedang marak menyala. Rupa-rupanya van yang dia parkir di depan itu.
Apa yang pegawai bomba dapat beritahu saya adalah kemungkinan berpunca dari bateri. Itu berdasarkan pengalaman dan apa ynag dia lihat dari keadaan kebakaran tersebut. Ditunjukkan pada saya bateri yang habis terbakar penuh.
Saya tak tahu nak kata apa. Dia lebih arif dengan kerjanya. Tambahnya lagi, banyak kes kenderaan terbakar sebegitu ketika parkir berpunca dari bateri.
Saya masih menunggu laporan forensik formal untuk kenal pasti punca buat pelajaran di masa depan untuk cuba menjauhkan dari keadaan yang sama berlaku.
Van total lost
Keadaan van yang habis terbakar memang mengesahkan untuk tidak dapat digunakan lagi. Semua laporan polis, laporan forensik diperlukan untuk membuat laporan kepada pihak insuran bagi mendapatkan pampasan insuran.
Itu melegakan sedikit untuk bab van. Suka atau tidak, terpaksa seledsaikan semua urusan claim dan mencari ganti van baru.
Tapi yang tak dapat diselematkan dan perlu korek duit sendiri adalah semua peralatan yang terbakar di dalamnya. Banyak kerja akan terjejas sementara mendapatkan ganti semua peralatan yang kena beli sendiri dari duit poket syarikat.
Semua peralatan bukan murah, jumlahnya mencecah puluhan ribu dan paling tak best adalah kesemuanya perlu dibeli secara tunai. Tak ada installment. Memang itu satu dugaan besar yang saya perlu hadapi di awal tahun baru.
Moga ada hikmahnya di sebalik kejadian.
Bagi anda yang ada kenderaan, sila ambil perhatian dan berhati-hati. Boleh saja berlaku pada sesiapa sekalipun anda sedang parkir kenderaan tidak bergerak.
Statistik kenderaan terbakar
Saya buat carian berkenaan kes kenderaan terbakar dapat data tahun 2018. Sejumlah 2,834 kes kenderaan berbagai jenis yang terbakar. Dari jumlah itu, sebanyak 1,724 melibatkan kereta. Rujukan di sini
Banyak juga tu!
Tahun 2018 saja, lebih dari 7 buah kenderaan terbakar dalam sehari!
Menurut statistik bomba, punca nombor satu kebakaran kenderaan adalah akibat kebocoran petrol atau diesel.
Jika ada sedikit saja bocor kemudian pendawaian kereta terutamanya pada bateri yang ada percitan api, maka mudah saja untuk menyalakan api pada tempat kebakaran tersebut.
Maka, jagalah pada kebocoran kenderaan kereta anda. Sentiasa lakukan pemeriksaan dan penyelenggaraan yang berjadual. Jangan main-main dengan kemalangan dan paling penting perlu berhati-hati menjaga nyawa.
Nota: Gambar adalah hiasan saja diambil dari sini. Ada gambar kejadian yang saya simpan sebagai kenangan tapi tak perlulah nak disiarkan
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !