Ada satu video yang saya tonton lama dulu memaparkan perbahasan antara 2 wanita dari. Masing-masing dari perkumpulan yang bertentangan.
Salah seorangnya ialah ustazah dari perkumpulan pertubuhan yang menggalakkan poligami. Saya tak ingat nama betul perkumpulan itu. Yang saya ingat mereka adalah para isteri dari bekas pertubuhan Al-Arqam.
Seorang lagi pembahas ialah wakil dari pertubuhan yang perjuangkan hak sama rata kaum wanita. Purtubuhan itu sangat terkenal di negara kita dan mereka sangat aktif. Di sertai oleh para wanita yang bekerjaya bagus.
Ada satu komen yang menarik oleh pejuang hak wanita kepada ustazah yang mewakili pertubuhan galakkan poligami tu. Katanya lebih kurang begini, 'kenapa bila sebut pasal islam, asyik nak fokus kepada aktiviti perhubungan kelamin .. ?"
Jawapan yang sangat menarik dari Ustazah itu membuatkan saya sedar yang ustazah itu sangat benar. Katanya, antara sasaran penting sebagai seorang manusia adalah untuk berkembang biak. Untuk itu, maka hubungan kelamin adalah amat diperlukan.
Oleh kerana ia adalah satu-satunya cara untuk melaksanakan tugasan penting tersebut, maka sudah tentu hubungan kelamin adalah satu perkara yang amat penting. Jadi kenapa perlu hairan jika isu hubungan kelamin itu jadi perkara yang penting untuk diberikan perhatian.
Saya dah tak ingat nama para wakil itu. tapi saya masih ingat perbahasan itu membuka minda saya bahawa seks adalah perkara yang sangat penting dalam kehidupan.
Sasaran hidup pada setiap makhluk
Baru-baru ini pula saya menonton satu video yang memaparkan seorang ahli falsafah menjawab pertanyaan berat di Tik Tok. Soalan yang ditanya kali itu adalah, 'apakah matlamat kehidupan?'.
Ahli falsafah itu menjawab ada 2 perkara paling asas yang tak dapat dielakkan tertanam pada setiap benda hidup samada anda suka atau tidak. Pertamanya adalah untuk kesinambungan hidup dan keduanya adalah untuk berkembang biak.
Saya senaraikan semula di bawah dalam bahasa inggeris supaya lebih jelas, sebab saya tak berapa pasti perkataan yang paling sesuai dalam Bahasa Melayu.
- To survive
- To reproduce
Sebaik saja anda hidup, maka tidak dapat tidak, anda akan bertindak secara semula jadi untuk pastikan anda terus hidup. Bila dah dapat hidup, maka anda terdorong untuk pastikan ada zuriat keturunan untuk teruskan legasi kehidupan anda selepas itu.
Bukan saja semua itu ada pada manusia, malah pada semua haiwan sama yang tumbuhan, binatang yang merayap, yang terbang atau yang berjalan sehingga ke tahap sel. Semua akan ada keupayaan untuk selamatkan diri agar terus hidup dan kemudian berupaya untuk berkembang biak.
Hilang salah satu dari kedua-dua keupayaan tersebut di atas, maka sudah pasti apa saja spesis anda, akan pupus dari muka bumi.
Hubungan kelamin sangat penting
Bagi orang yang tak dapat memahami betapa pentingnya 2 perkara di atas, maka dia akan memandang remeh pada perhubungan kelamin.
Memang ada orang yang cuba ketengahkan kononnya hidup ini bukan semata hubungan kelamin. Jika fahaman itu mahu dikatakan pada mereka yang mendirikan rumah tangga, jelas itu adalah satu fahaman yang sesat dan bertentangan dari hukum alam.
Hanya orang gila saja yang kahwin kemudian tak ambil berat akan usaha untuk melahirkan zuriat.
Memang hubungan kelamin bukan semata-mata untuk berseronok. Ia ada tujuan yang jauh lebih besar dalam membentuk kesinambungan zuriat keturunan.
Untuk pastikan ia berlaku, maka tidak hairanlah aktiviti itu adalah satu keseronokkan. Malah dengan membayangkan saja sudah menimbulkan rasa keinginan kepadanya. Ada daya tarikan antara kaum lelaki dan wanita terhadap perhubungan sedemikian.
Bayangkan seandainya aktiviti itu adalah menyakitkan, menyeramkan, memualkan. Bayangkan jika perempuan tidak ada minat pada lelaki dan lelaki pula benci tanpa sebarang nafsu terhadap perempuan. Dah tentu manusia akan pupus.
Sebab itu homoseksual adalah satu kecelaruan hidup. Ia bertentangan dari matlamat kehidupan. Jika seorang lelaki bertindak hanya bersama seorang lelaki dalam aktiviti kelamin mereka, pasti kedua-duanya tidak akan melahirkan lagi zuriat. Habis kat situ saja kedua-duanya. Dan baguspun sebab manusia tidak perlukan spesis yang tidak membantu berkembang biak. Elok mutan sedemikian tamat begitu saja.
Besarkan zuriat keturunan
Bla semua berlaku dengan baik, maka akan lahir zuriat keturunan.
Aktiviti menghasilkan zuriat bukan boleh dibuat tak tentu hala. Perlu ada tanggung jawab untuk pastikan zuriat yang terlahir di bela sehingga mereka mampu berdikari.
Sebab itu hubungan kelamin luar perkahwinan adalah sama taraf maksiatnya dengan hubungan homoseks. Dalam Quran, larangan terhadap hubungan luar nikah dan sesama lelaki sangat jelas.
Homoseks tak akan lahirkan zuriat. Manakala hubungan kelamin luar nikah pula akan membuatkan anak yang dilahirkan tidak terbela dan dibesarkan menjadi manusia yang baik.
Jika mereka yang amalkan hubungan luar nikah berhati-hati pastikan tak dapat anak, maka sudah sah yang ianya jauh dari matlamat berkembang biak. Perangai begitu perlu dihapuskan dari bertapak pada diri manusia. Ajaran itu perlu dikecam dan hapuskan.
Jika berlaku hubungan luar nikah dan terberanak, maka si perempuan yang akan tanggung semua bebanan itu. Jika diteruskan maka akan lahir anak tanpa ayah. Kajian terbukti anak tanpa ayah membesar dalam keadaan yang tidak baik. Mereka ada masalah dalam proses membesar terutamanya dari segi psikologi.
Sebab itu ia adalah amalan terlarang.
Dengan adanya perkahwinan yang sah, maka kedua-dua pasangan akan saling ambil tanggung jawab masing-masing untuk besarkan zuriat mereka sehingga berdikari. Si ayah akan keluar cari makan dan si ibu akan jaga dan besarkan anak-anak.
Bagi anda yang dah berkahwin, ada anak-anak dan semuanya sudah besar dan masing-masing sedang membina keluarga mereka sendiri pula, tahniah!. Anda sudah melaksanakan tugasan besar yang diamanahkan sebagai seorang manusia.
Promosi sesat tak kahwin
Jika anda lihat dalam media sosial, akan jumpa golongan terutamanya kaum wanita yang menggalakkan sesama mereka untuk tak payah kahwin jika anda bahagia duduk seorang diri.
Jelas itu fahaman sesat yang bertentangan dari naluri yang dah ada dalam setiap manusia normal.
Jika benar-benar anda rasa memang ok tak kahwin dan tak ada zuriat, maka jelas sekali anda dilahirkan cacat dari segi mental. Tak ada sesiapa yang boleh selamatkan anda.
Dulu saya lihat fahaman single ini jarang ada pada orang Melayu. Tetapi sekarang ramai sudah melayu yang dengan bangga umumkan mereka lebih selesa hidup single tanpa berkahwin.
Jangan popularkan fahaman tersebut dan jauhkan mereka dari lingkungan sanak saudara anda. Ia adalah agenda syaitan untuk merosakkan manusia dan membuatkan mereka menyesal ketika dibangkitkan semula di padang masyar nanti.
Jadi rumusannya, pastikan anda terus hidup untuk berkahwin melahirkan zuriat dan bela anak-anak sampai besar dan jadi manusia yang baik untuk terus berkembang biak. Sekian !
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !