Media sosial, sekali pandang macam memberikan banyak manfaat pada manusia. Paling banyak digunakan dari media sosial adalah dalam mendapatkan berita terkini sensasi atau gossip dari seluruh dunia.
Dengan media sosial juga anda dapat berhubungan semula dengan kawan yang telah lama terpisah umpamanya, dapat eratkan semula hubungan silaturahim.
Tetapi, berjumpa semula kenalan lama tidak semuanya bagus. Contohnya jika anda berhubungan semula dengan bekas teman wanita yang telah lama terpisah sedangkan anda dan dia sudah berkahwin. Dah tentu itu bukanlah sesuatu yang bijak untuk dilakukan walaupun sekadar di media sosial.
Amalan baru manusia moden
Dengan segala kelebihan yang ada pada media sosial. Juga dengan adanya akses media sosial pada telefon pintar hingga anda dapat bawa ke mana-mana sahaja sekarang, membuatkan manusia di resapi amalan baru yang tak pernah ada di zaman tok nenek dahulu. Ia merupakan penyakit pada manusia moden.
Salah satu amalan yang anda sendiri sering lihat adalah aktiviti merakamkan gambar makanan. Sebelum makan, buka kamera pada telefon pintar dan ambil gambar terlebih dahulu. Selepas itu kongsikan pada kawan-kawan di media sosial, barulah mula makan.
Begitu juga aktiviti merakamkan suasana atau apa-apa sahaja yang lalu depan mata yang menarik atau lansung tak menarik. Buka kamera, rakamkan dan sekali lagi dipamerkan ke laman media sosial untuk tontonan kawan-kawan.
Cuba tengok di sekeliling anda terutamanya di restoran atau di pusat pelancongan. Banyak masa orang akan habiskan untuk tujuan tersebut di atas.
Satu lagi amalan pelik yang berlaku adalah ketika keluarga berkumpul untuk makan beramai-ramai. Pasti ada yang melayan kawan yang ada di media sosialnya sedang yang ada di depan diabaikan.
Jika diperhatikan, kebiasannya hanya kelihatan seorang atau dua sahaja yang berbual mesra. Selainnya terutamanya yang muda terbenam dengan aktiviti Facebook, Twitter, Whatsapp atau lain-lain medsos. Mereka seolah-olah sedang bersendirian di situ. Mereka lansung tidak pedulikan kehadiran saudara mara untuk merapatkan hubungan dengan bermesra dan berbual-bual sesama saudara.
Jika kita mahu jalani hidup yang baik, aktiviti buang masa di media sosial perlu ditinggalkan segera. Gunakan masa tersebut untuk perkara lain seumpama membaca, berbual dengan rakan-rakan, berbaring rehat di tengahari lepaskan lelah, berjalan di taman atau lain-lain lagi yang lebih bagus manfaatnya.
Bukannya tak boleh bermedia sosial, tapi ia perlu dilimitkan kepada perkara penting dan mendatangkan faedah sahaja agar masa tidak terbuang dengan sia-sia.
Elak 3 perkara di medsos
Untuk pastikan jiwa anda tidak dibelenggu oleh aktiviti media sosial, berikut 3 perkara sebagai pedoman yang anda perlu elakkan ketika menggunakan laman sosial.
1. Lapor aktiviti dan lokasi
Elakkan membuat laporan di mana anda berada atau apa yang anda sedang lakukan sekarangSegala maklumat yang menjawab di mana anda berada dan apa yang anda sedang buat tak payahlah nak susah-susah untuk laporkan habis pada kawan atau pengikut.
Melainkan anda seorang artis glamour, apa yang anda buat dan di mana anda berada tak ada orang nak ambil peduli.
Ramai yang perasan macam glamour sangat dengan update apa dia sedang buat dan segalanya didedahkan pada semua orang.
2. Elak cela, rungut, sumpah
Jangan buat kemaskini dengan rungutan dan celaan atau menyumpah dan seumpamanya
Laman sosial sama juga dengan aktiviti bercakap, orang tak gemar mendengar anda berleter, merunggut dan menyumpah.
Anda boleh buat begitu jika mahu selitkan tips atau nasihat yang berguna dari pengalaman.
Kalau setakat nak updat FB atau Twitter dengan perkataan seperti “aku bosan lah…”, tak payahlah anda membuang masa anda dan masa orang lain, dan sebenarnya tak ada yang pedulipun apa yang anda rasa.
3. Buat posting orang tak baca.
Buat hanya posting yang bermanfaat. Tak payahlah update pada laman sosial semata-mata untuk beritahu orang ramai kehadiran anda seperti “Assalamualaikom, pagi yang ceria!”.
Simpanlah dulu sehingga ada sesuatu yang bagus dan bermakna serta amat bermanafaat untuk anda kongsikan dengan orang lain barulah mulakan dengan ayat tersebut.
3 perkara tersebut di atas adalah peringatan buat diri saya sendiri yang ada akaun media sosial di FB, Twitter dan IG dan sekarang ada TikTok pulak. Kalau di layan mau tak jadi kerja.
Kesemua rumusan di atas didapati daripada bancian terhadap aktiviti twittter yang dijalankan bagi mengenal pasti tahap mesej yang berlegar diruang cyber, samada berguna atau tidak berguna. Dan apakah orang peduli apa yang anda tuliskan dalam akaun twittter anda. Baca di sini
Sekali lagi sama-sama beringat, jangan sia-siakan masa hidup yang terhad ini dengan membuat kelalaian dan perkara yang tidak ada mendatangkan faedah.
Hidup terlalu singkat untuk disia-siakan.
Selamat beramal.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !