Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

28 March 2023

Cara melawat pesakit di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk anda yang tak ada pengalaman ke sana

  Ano Nyme       28 March 2023


Baru-baru ini saya berpeluang melalui pengalaman melawat seorang kawan yang terlantar di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang buat pertama kali. (sumber gambar)

Sebenarnya ini kali kedua ke sana. Kunjungan pertama kali lama dulu bukan pergi melawat pesakit, tapi membawa isteri yang sarat mengandung rasa nak bersalin. 

Masa itu, ada terlalu ramai kaum ibu yang memang nak bersalin sedang mengunggu. Ada seorang ibu berbangsa India yang meraung-raung kesakitan, mungkin anak dah nak keluar tapi kesibukan para petugas menguruskan terlalu ramai pesakit membuatkan dia terbiar begitu saja.

Melihat suasana macam keadaan pesakit lepas perang, saya jadi risau dan terus tak jadi untuk biarkan isteri bersalin di sana. Dia pun masih ok ketika itu lalu kami melencong mencari hospital lain.

Itu cerita lama dulu.

Kali ni nak cerita pengalaman baru sebagai pelawat sahaja. Bagi yang tak pernah ke sana, sudah tentu ia merupakan satu cabaran kalau tak ada panduan dari awal. Itu tujuan saya tulis artikel membosankan ini, tapi penting buat anda yang mencari maklumat buat melancarkan lawatan.

Tempat parkir sentiasa penuh

Di mana-mana saja hospital kerajaan, ini merupakan pengalaman awal yang anda akan hadapi jika masuk untuk melawat saudara atau kawan di hospital.

Tak pernah lagi saya lihat kawasan hospital kerajaan yang tempat meletakkan kenderannya mudah dapat dan lancar. Kalau ada mungkin di Hospital Serdang. Itupun jika melawat di waktu bukan jadual lawatan.

Nasihat pertama saya adalah jika boleh, elok pergi naik GRAB sahaja. Jadi anda tak akan hadapi masalah buang masa tak jumpa petak kosong untuk parkir.

Kalau terpaksa juga naik kereta sendiri, maka anda perlu tahu ada beberapa kawasan parkir di dalam Hospital tersebut. 

Lazimnya orang ramai akan masuk dan mula mencari tempat kosong di kawasan parkir depan sekali. Jadi begitu sebab itu kawasan awal yang anda akan lihat sebaik saja masuk dari jalan utama.

Kawasannya memang luas juga tapi kereta di letakkan bertindan-tindan barisannya. Saya pusing dua kali ketika ke sana tempoh hari tapi tak berjumpa kekosongan. Akhirnya pergi ke arah jaga yang ada di depan sana dan tanya di mana lagi satau boleh letakkan kenderaan.

Jawapan mereka mudah saja, "abang buat double parkit saja" katanya. Dia suruh jangan tarik handbrake dan biarkan begitu supaya orang boleh tolak nanti bila terhalang nak keluar.

Saya beritahunya bukan double parkir lagi, dah triple .. !

Kemudian salah seorang jaga itu syorkan saya ke belakang sana. Masuk lagi terus ke dalam sana dan cuba lihat jika ada ruang. 

Saya terus ke belakang jalan dan jalan melihat-lihat samada terdapat kawasan parkir. Ada bangunan parkir bertingkat di sana tak jauh dari bangunan bersalin. Bahagian bawah sekali untuk petugas KKM. Tapi pelawat boleh cuba nasib di tingkat 2 dan 3. Saya tak mahu cuba nasib sebab terlalu bagus sangat kalau masih ada kosong di tempat yang berbumbung indah macam tu.

Tak jauh dari bangunan parkit bertingkat tu ada 3 lagi kawasan lapang yang dikhaskan untuk parkir. Saya masuk dan memang ada lagi kekosongan yang agak banyak. Maka selesailah satu masalah besar saya hari itu.

Keluar kereta dan perlu berjalan kaki sikit. Bukanlah jauh sangat. Cuma dalam keadaan panas terik memang lah terasa perit.

Daftar untuk melawat

Saya sampai ke bangunan lama di mana kawan saya di tempatkan. Dua duduk di wad 2B katil nombor 31. Begitulah dia wasap terlebih dulu bila saya tanya.

Waktu lawatan pula tentu anda tahu, ada 2 sesi. Pertamanya bermula pukul 12:30 dan berakhir pukul 2 petang. Sesi keduanya bermula 4:30 petang hingga 7:30 petang.

Di dalam bangunan ada ramai jaga sedang bertugas. Itu jadi tempat saya bertanyakan maklumat. Dari jaga saya dapat tahu kalau nak masuk melawat perlu ada pas.

Pas perlu di ambil di bahagian depan pintu masuk. Untuk dapatkan pas, anda perlu tahu 3 perkara penting.

  • Wad pesakit
  • Nombor Katil
  • Nama pesakit
Boleh jawab kesemua soalan di atas barulah anda diberikan pas lawatan. Pas tersebut siap tertulis nombor wad dan nombor katil padanya. Dengan selitkan pada baju anda dah boleh bergerak masuk ke wad untuk melakukan lawatan.

Di setiap wad pula ada lagi jaga yang anda perlu lalui. Dia akan tanya maklumat saya, nombor katil dan pesakit lalu dicatitkannya data lawatan pada katil di kertas. Lepas tu baru boleh masuk.

Selepas selesai lawatan saya keluar dan beritahunya yang saya dah keluar. Dia catit lagi dan akhirnya saya turun dan serahkan semula pas pelawat di tempat asalnya. Lalu berjalan kaki ke parkir dan ambil kereta untuk balik.

Moga panduan ini bermanfaat.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Cara melawat pesakit di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk anda yang tak ada pengalaman ke sana

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !