Jika bukan pepijat, anda berkemungkinan berhadapan dengan masalah kutu atau dalam Bahasa Inggeris di sebut 'Flea'.
Sepanjang pengalaman kami di E Pest Control, Terdapat beberapa kes yang disebabkan oleh kutu, namun pelanggan yang tersilap mengatakan yang dia menghadapi masalah serangan pepijat.
Serangan pepijat lazimnya adalah dibawa oleh oleh manusia. Seperti contoh jika anda pulang dari bercuti dan terdapat pepijat di bagasi atau barang peribadi maka pepijat tersebut mula bersarang di kediaman anda.
Kutu pula menyerang apabila anda memelihara haiwan berbulu seperti kucing yang telah terdedah kepada jangkitan kutu.
Oleh itu, pentingnya bagi anda untuk membezakan antara kutu atau pepijat. Itu penting sebab kaedah rawatan bagi kutu dan pepijat adalah berbeza.
Berikut merupakan perbezaan yang dapat dilihat dalam membezakan pepijat dan kutu.
1) Bentuk fizikal
Pepijat adalah serangga bewarna coklat kemerahan dan berbentuk bujur manakala kutu juga serangga bewarna coklat kemerahan namun berbentuk lebih kurus.
Pepijat lazimnya berukuran 4-6 mm panjang dan 1.5-3 mm lebar manakala kutu adalah sedikit kecil daripada pepijat dengan 1.5-4 mm panjang.
Jika dilihat dari atas, bentuk badan pepijat adalah rata dan kelihatan seperti biji epal manakala kutu kelihatan panjang dan kurus. Oleh itu, dengan mengenali bentuk fizikal sahaja anda sudah dapat membezakan mana satu pepijat dan mana satu kutu.
2) Sumber makanan
Untuk pengetahuan anda, darah merupakan sumber makanan utama pepijat dan kutu.
Pepijat hanya menjadikan darah manusia sebagai sumber makanan. Berlainan pula dengan kutu kerana ia menjadikan manusia serta haiwan seperti kucing untuk mendapatkan darah sebagai sumber makanan.
Jika anda ada memelihara kucing, anda perlu memastikan kucing anda bebas dari serangga parasit seperti kutu kerana ia bukan sahaja menjadikan kucing anda sebagai sumber makanan tetapi akan menjadikan anda sebagai target sumber makanan.
3) Habitat
style="text-align: justify;" />Seperti yang anda sedia maklum, kawasan habitat pepijat adalah di celahan katil dan tilam.
Hal ini kerana pepijat akan menggigit manusia apabila tidur di atas tilam.
Oleh sebab itu, kaedah rawatan haba memfokuskan di sekitar kawasan tilam untuk mematikan pepijat.
Manakala habitat kutu adalah di celahan bulu-bulu haiwan peliharaan anda. Jika anda mempunyai haiwan peliharaan seperti kucing, anda harus memastikan kebersihan bulu-bulu kucing untuk menghindarkan kutu menjadikan kucing anda sebagai tempat tinggal mereka.
4) Pergerakan
Perbezaan yang dapat dilihat adalah dari segi pergerakan pepijat dan kutu.
Hal ini kerana, pepijat hanya dapat merayap di sekeliling tilam atau bantal manakala kutu juga merayap namun kutu mempunyai kebolehan melompat dari satu tempat ke tempat yang lain jika berada di kediaman anda.
Oleh itu, jangan mudah tertukar lagi di antara pepijat dan kutu ini. Jika anda melihat serangga merayap, jawapannya adalah pepijat manakala jika serangga melompat, kutu lah yang berada di kediaman anda.
5) Kesan gigitan
Untuk pengetahuan anda, kesan gigitan pepijat selalunya dalam bentuk selari, tidak menyakitkan dan dapat dilihat dengan cepat.
Namun ada juga kesan gigitan pepijat yang mungkin mengambil masa sehingga 14 hari untuk kelihatan.
Gigitan pepijat boleh menyebabkan kegatalan dan tidak menyebarkan penyakit.
Berbeza dengan kesan gigitan kutu yang berselerak, dapat menunjukkan kesan bengkak dalam masa 1 jam dan boleh menyebabkan kegatalan secara berterusan.
Gigitan kutu juga dapat menyebarkan penyakit dan membahayakan kesihatan kulit anda.
Di Easelife Services, jika anda berada sekitar Shah Alam dan Klang, juruteknik terlatih kami akan melakukan pemeriksaan dan mengesyorkan penyelesaian yang terbaik untuk menghapuskan masalah serangga yang sedang anda hadapi.
Kawalan serangga diperlukan kerana serangga seperti pepijat dan kutu dapat memberikan kesan negatif kepada anda sekeluarga jika tidak dibendung.
Tujuannya adalah untuk menghapuskan sebarang jenis serangga bagi memastikan anda berada di persekitaran yang bersih dan selamat tanpa sebarang gigitan yang boleh memudaratkan.
Ingin mengetahui lebih lanjut tentang kaedah rawatan bagi menghapuskan pepijat dan kutu, dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan dua langkah mudah ini:
1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada pepijat di persekitaran saya !
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !