Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

08 June 2023

Cara untuk jadikan rumah anda tidak disukai oleh serangga dan makhluk perosak

  Ano Nyme       08 June 2023


Bagi orang bandar yang saban hari pergi kerja awal pagi dan balik rumah lewat petang, berhadapan dengan kesesakan adalah perkara biasa. Jika naik kenderaan sendiri, kesabaran perlu tinggi. Jika naik pengangkutan awam pula perlu tahan suasana kalut dan sesak.

Semua itu membuatkan anda jadi letih setiap kali balik ke rumah. 

Bila balik tu, sudah tentu anda mahu pastikan keadaan rumah adalah nyaman dan selesa agar proses caj semula tenaga dan kesegaran diri anda dapat berlaku dengan pantas.

Salah satu perkara penting yang dapat memastikan rumah anda berada dalam keadaan selesa dan selamat adalah, ketiadaan serangga seperti lipas, semut dan tak ada juga makhluk perosak seperti tikus. 

Ada 2 perkara yang perlu serangga dan makhluk perosak ini boleh buat.

  • Masalah kesihatan - Nyamuk, lipas, lalat, tikus dan lain-lain seumpamanya mampu mendatangkan masalah kesihatan pada manusia. 
  • Masalah kerosakan - Anai anai dan tikus adalah contoh makhluk perosak yang boleh buatkan rumah anda rosak dan hilang nilai jika tidak diberikan perhatian.

2 perkara tersebut di atas perlu diberikan perhatian serius untuk jadikan rumah anda tempat berehat yang nyaman dan selamat. Saya kongsikan cara asas yang anda boleh lakukan untuk itu. 

Dapatkan khidmat pakar

Adalah penting untuk tahu cara yang berkesan untuk pastikan serangga dan makhluk perosak tak ada di rumah anda. Dan cara itu ada banyak dan berbagai. Anda mungkin pernah ada pengalaman dan tahu serba sedikit untuk melakukannya. Tapi ada orang yang memang jauh tahu lebih banyak. Mereka adalah para profesional yang berkhidmat dalam industri kawalan serangga dan makhluk perosak.

Jadi, ambil mana-mana syarikat yang BERLESEN dan dah lama berkhidmat dalam industri kawalan serangga ini untuk kerja-kerja kawalan dan selenggaraan di rumah anda. 

Macam orang Kedah kata, 

Bagi depa saja lah buat. Memang itu kerja depa pun - Berikan kerja kawalan serangga kepada mereka yang terlatih untuk kerja itu.

Ada 2 khidmat penting dan berguna yang anda dapat dari syarikat kawalan serangga dan perosak.

Cara terbaik untuk pencegahan - Sebelum kena serang dengan serangga dan makhluk perosak tertentu yang masih belum hadir di rumah anda itu, elok berhati-hati dengan melakukan langkah-langkah pencegahan. Khidmat nasihat ini akan diberikan oleh juruteknik profesional pest control yang melawat dan menyelenggara rumah anda secara berkala.

Menghapuskan yang dah ada - Sudah tentu anda ambil khidmat syarikat kawalan serangga untuk melakukan tugas ini. Untuk hapuskan masalah lipas, semut, tikus atau anai-anai dan sebagainya yang dah ada di rumah anda tu.

Kerja kawalan serangga adalah kerja yang perlu dilakukan secara berterusan. Tak boleh main ikut suka bila ada masalah baru nak cari syarikat pest control. Sama juga dengan tak boleh bila nak terberak baru nak korek lubang.

Jika anda sedang mencari syarikat pest control berlesen dan berpengalaman di sekitar Lembah Klang, boleh berhubung dengan Easelife Services Sdn Bhd. Telefon Nur Athirah 010-234 2542

Tutup pintu masuk

Tindakan awal pencegahan paling asas adalah untuk tutup semua pintu kemasukan serangga dan makhluk perosak dari rumah anda.

Untuk tutup semua punca kemasukkan itu, anda perlu buat pemeriksaan di keseluruhan rumah terlebih dahulu untuk kenal pasti punca kemasukkan, atau potensi yang membolehkan mereka masuk. Boleh minta khidmat syarikat kawalan serangga seperti yang saya sebutkan di atas tadi.

Untuk langkah paling mudah yang anda boleh lakukan sendiri adalah dengan lihat terlebih dahulu pintu dan bukaan yang memang dah ada di rumah anda tu. Contohnya pintu dan tingkat. Itu bukaan paling logik yang akan digunakan oleh serangga dan makhluk perosak untuk masuk ke dalam rumah anda tu.

Lihat samada wujud ruang yang membolehkan serangga dan makhluk perosak merayap masuk. Kalau pintu rumah ada ruang besar sampai ular sawa pun boleh merayap, dah tentu tikus juga secara mudah akan dapat masuk. Apatah lagi semua dan lipas. Selesaikan masalah itu dulu.

Jika pintu memang dah rapat, masih ada ruang sikit untuk serangga kecil masuk. Anda boleh pasang penyapu pintu atau dalam Bahasa Inggeris di panggil 'Door Sweeps'. Sekarang anda boleh dapatkan semua itu dengan mudah di kedai DIY saja.

Bagi rumah yang dikelilingi hutan dan semak samun, tingkap seeloknya ditutup oleh jaring halus untuk menghalang kemasukkan serangga terbang ke dalam rumah anda. Jadi aliran udara dapat berlaku dengan baik tapi tetap dapat menghalang kemasukkan serangga tak diingini.

Bersih dan kemas rumah

Serangga dan makhluk perosak akan pilih rumah yang ada makanan dan tempat berlindung paling selesa buat mereka. Dan semua itu ada pada rumah yang tidak dibersihkan dan tidak dikemas rapai oleh penghuninya.

Oleh itu, sila bersih dan kemas rumah biar cuci calat. Kalau malas nak buat sendiri, kenalah cari maid atau upah syarikat house keeping.

Makanan perlu disimpan dalam bekas yang baik kedap udara dan terlindung, jangan dibiarkan terbuka. Samada atas meja, atas rak atau dalam kabinet. Tutup semua ruang yang membolehkan mereka dapatkan makanan dari rumah anda.

Bila tumpah, segera cuci dan lap. Bila dah makan, segera cuci pinggan dan jangan dibiarkan lama dalam sinki. Perlu rajin vakum untuk sedut semua sisa makanan jika ada yang terserpih jatuh.

Buang sampah keluar dengan masukkan ke dalam beg yang kemas dan tutup rapat tong sampah di luar rumah tu.

Buang air bertakung

Ini penting untuk tempat seperti negara kita yang sering hujan dan ada banyak nyamuk terutamanya Aedes. Bukan saja nyamuk, serangga lain dan makhluk perosak lain juga suka kalau rumah anda ada banyak tempat air bertakung.

Elakkan dari jadikan kawasan sekeliling rumah anda menjadi tempat air bertakung. Begitu juga dengan apa saja bekas, pasu, tayar lama yang mampu menakung air tak boleh dibiarkan. Hapuskan segera untuk keselamatan dan kesejahteraan anda dan keluarga.

Kalau anda peminat kolam, pastikan airnya mengalir atau beredar dengan memasang sistem roda putaran dan sebagainya, supaya dapat menghalang serangga dan makhluk perosak membiak di dalam tu.

Jaga kebun bunga

Pertama sekali, potong atau trim dahan dan daun yang berdekatan rumah anda. Jangan biarkan pokok bersentuhan sampai jadi jambatan untuk serangga dan makhluk perosak masuk ke rumah anda.

Potong rumput supaya sentiasa pendek supaya mereka tak dapat menyorok selesa di dalam semak rumput tu.

Akhir sekali, batu, kayu, papan, pasu pecah dan seumpamanya jangan dibiarkan berselerak sampai jadi tempat menyorok dan membiak mereka.

Dengan menjaga keadaan kebun dan halaman rumah anda tu, bukan saja rumah jadi cantik, malah dapat hindari dari kemunculan serangga dan makhluk perosak masuk ke dalam rumah anda.

Selamat bekerja !

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Cara untuk jadikan rumah anda tidak disukai oleh serangga dan makhluk perosak

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !