Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

18 July 2023

Amalan jalan berkaki ayam yang bagus untuk kesihatan - Mari cuba amalkan

  Ano Nyme       18 July 2023


Masa awal saya pindah ke taman perumahan yang saya tinggal sekarang, ada seorang lelaki pertengahan umur yang bersenam di taman permainan itu setiap pagi.

Saya juga jenis yang amalkan gaya hidup bersenam. Mulanya dulu dilakukan setiap petang. Itu masa makan gaji. Bila dah berhenti kerja dan berniaga, saya ubah waktu bersenam ke waktu pagi. Bila pindah ke tempat baru, saya teruskan aktiviti senaman tersebut macam biasa.

Tak ada sesiapa sangat yang luangkan masa bersenam di waktu pagi di situ. Biasanya ada 2 orang auntie cina dan lelaki yang saya sebut di atas tadi. Saya sebut pasal lelaki tu sebab dia bersenam dengan cara yang agak unik ketika itu.

Setiap kali sampai di taman tu, dengan seluar pendeknya, kadang-kadang berbaju dan adakalanya bersinglet saja, dia akan buka kasut letak ke tepi padang. Selepas itu dia mula berlari atas rumput dalam bentuk bulatan besar dengan berkaki ayam.

Memang sesuatu yang agak pelek bagi saya. Auntie yang saya rajin tegur seorang tu juga nampak macam tak puas hati setiap kali melihat apeque tu berkaki ayam dan berlari. 

Saya ambil masa buat carian maklumat sikit pasal bersenam tanpa pakai kasut masa tu. Rumusannya, itu amalan yang baik berbanding pakai kasut sukan. Kaki lebih peka dan dapat sesuaikan diri berdasarkan pijakan di tanah. 

Bila auntie seorang tu pada satu hari menghampiri saya dan menunjukkan bibirnya pada apeque berkaki ayam tu, 'apa pasal dia tak pakai kasut aa, talak bagus ahh?'.

Saya hanya senyum dan menjawab, 'itu lebih bagus dari berkasut!'.

Auntie tu terkejut dengar saya mengiyakan perbuatan apeque tersebut. Dia hanya diamkan diri dan berlalu begitu saja. Mungkin dia sedang berfikir.

Sekarang auntie tu berkaki ayam setiap pagi ketika bersenam di padang permainan tu. Dia juga dah lama amalkan cara bersenam tanpa pakai kasut.

Perspektif baru berkaki ayam

Saya kekal bersenam dengan pakai kasut juga sekalipun baca laporan yang berkaki ayam lebih baik. Walaupun auntie tu juga turut amalkan buka kasut dah lama selepas perbualan kami mengata kat apeque dulu, saya kekal tak ubah pendirian.

Logik saya adalah dalam bab kesihatan.

Memang urutan tapak kaki ketika pijak, kecederaan otot lebih terjaga dan lain-lain seumpamanya, adalah lebih baik dengan berkaki ayam, tapi saya pertimbangkan kegilaan manusia dalam membuang benda bahaya di taman permainan.

Selalu juga kaki mabuk jadikan taman permainan tempat berpesta mereka di waktu malam. Bila mabuk, tak sah jika tak ada aktiviti pecah botol. Banyak benda keras tajam yang bahaya boleh ada di atas padang tu dengan sikap manusia suka campak barang merata.

Untuk elakkan kecederaan yang lebih teruk, baik saya pakai kasut sukan. Lebih selamat begitu pada fikiran saya.

Semua itu berubah bila bersembang dengan seorang kawan baru-baru ini di tepi pantai di Pengkalan Balak. Dia tunjukkan kegilaan seorang lelaki yang sentiasa berkaki ayam di mana saja dia pergi.

Itu lagi pelek. Bukan setakat bersenam saja berkaki ayam. Malah dia memang jenis tak pakai kasut. Jika ada pertemuan yang formal yang perlu berkasut, dia ada sediakan sepasang kasut yang istimewa. Bahagian atas kasut itu cantik macam kasut biasa, tapi bahagian bawah tak ada tapak getah. Lompong terbuka  untuk pastikan tapak kakinya menyentuh lantai.

Dia tetap berkaki ayam juga sebenarnya sekalipun nampak macam pakai kasut.

Saya balik dan cari maklumat. Sebenarnya maklumat itu yang cari saya, bila mula buka tiktok pasal 'tak pakai kasut' tu ketika bersembang dengan kawan di tepi pantai tadi.

Algorithm media sosial sekarang memang sangat licik. Mula buka sesuatu, maka tema yang sama akan muncul bertubi-tubi di skrin anda. Mula buka tiktok pamer punggong dan lekat lama lihat aksi wanita itu, maka bersepah punggong akan masuk ke skrin anda. Itulah celakanya media sosial. Kalau tak berhati-hati, anda boleh kantoi.

Dalam kes saya buka tema berkaki ayam, maklumat berkenaan 'grounding' berdesup masuk ke skrin saya bertubi-tubi. Ramai yang gila amalkan aktiviti pijak bumi berkaki ayam ni.

Saya cari maklumat berkenaan grounding dan ternyata ada beberapa kajian yang membuktikan kebaikan amalan tersebut. Secara umumnya ia membantu aliran darah, mengelakkan masalah serangan jantung, kuatkan pertahanan badan, pulihkan otot, tenangkan perasaan dan lain-lain seumpamanya.

Maka saya rumuskan adalah berbaloi untuk cuba berkaki ayam. Boleh baca sedikit artikel berkenaannya di sini.

Buka kasut di taman

Saya amalkan larian 5 ke 6 kilometer seperti biasa. Selepas dah selesai lari, biasanya saya akan luangkan masa sejukkan diri, stretching, mendagu, tekan tubi dan lain-lain lagi dalam 20 minit. Selalunya masih kekal berkasut.

Tapi baru-baru ini, sebaik saja tamat berlari, saya akan buka kasut dan berkaki ayam. Lakukan semua aktiviti 20 minit itu tanpa kasut. Kalau sebelum ini semua itu dilakukan atas getah di peralatan senaman atas padang tu, sekarang saya buat semuanya atas rumput.

Mahu rasakan kaki memijak rumput dengan basahan embun. Mahu ada aliran eletrik berlaku masuk dan keluar antara tubuh saya dah bumi. Jangan jadikan getah pada kasut yang dipakai sebagai penghalang sentuhan antara saya dengan bumi.

Anda boleh lakukan perkara sama dengan berenang, panjat pokok, baring atas padang, atas pasit pantai dan lain-lain lagi. Malah ada tilam yang dapat berfungsi seperti grounding dijual di pasaran sekarang. Samada ianya lebih kepada mengaut keuntungan atau memang khidmat kebaikan, saya tak tahu. Kalau tak ada masa nak ke taman, boleh la cuba dan tengok.

Masalah tak pakai kasut

Seperti yang saya sebut di atas tadi, tak pakai kasut ada cabarannya di luar sana. Satunya dari segi keselamatan takut terpijak benda tajam.

Keduanya adalah taik anjing atau taik kuching.

Ketiganya yang lebih penting adalah cacing kerawit. Ia boleh masuk ke dalam badan anda terus melalui tapak kaki jika tempat tanah itu ada terdapat telur cacing tersebut.

Masalah itu lebih tinggi jika ada najis manusia di sekitarnya. Juga jika tempat anda pijak tu memang kotor. Jadi perlu berhati-hati dengan kebersihan tempat yang anda mahu buang kasut tu.

Namun begitu, kalau jadi cacing kerawit pun, ubat bunuh parasit atau cacing ada dijual di kedai sekarang. Mudah saja untuk telan ubat tu dan bersihkan parasit dari badan anda.

Dah seminggu saya amalkan sekarang. Masih tak nampak apa-apa perubahan yang ketara. Tapi secara psikologi nya,rasa lebih segar. Entahlah, yang pastinya bila balik ke rumah dari padang senaman, saya masih berkaki ayam sambil memegang kasut tu. Pijak atas batu tar dan terasa urutan tapak yang melegakan.

Pada anda yang dah lama amalkan, sudi lah kiranya kongsikan pengalaman anda dengan amalan berkaki ayam ni. Terima kasih!

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Amalan jalan berkaki ayam yang bagus untuk kesihatan - Mari cuba amalkan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !