Perkara itu dah lama diberitahu, tapi saya abaikan sebab anggap itu adalah kejutan charge statik. Saya juga sering kena kejutan statik itu masa sentuh troli bawa barang yang diperbuat dari besi tu. Terkejut juga dibuatnya masa mula kena. Tapi bila dah sering kena, jadi biasa.
Kemudian orang rumah beritahu perkara sama terasa setiap kali sentul periuk masak nasik eletrik tu. Saya dah mula rasa pelik.
Akhirnya, saya ambil test pen dan sentuh pemegang peti ais. Ternyata ada aliran letrik. Menyala terang saja lampu pada test pen tu. Saya sentuh pula tudung periuk nasi, ada letrik juga kuat.
Akhirnya saya check semua benda sehinggalah keada skru yang mengikat suis pada dinding. Habis semuanya ada letrik.
Wah! bahaya tu. Nasib baik tak berlaku apa-apa kejadian buruk selama ini. Saya abaikan saja semua aduan sedangkan apa yang berlaku ada sangat bahaya. Perlu panggil juru eletrik nampaknya.
Itu semua adalah kesan dari kebodohan ketika ubah suai rumah.
Pengalaman ubah suai rumah
Berapa kali anda ada pengalaman ubah suai rumah?
Maksud ubah suai di sini adalah, buat balik sebahagian besar dari rumah asal untuk dijadikan rumah yang berbeza. Akan ada perubahan yang banyak dari segi rupa bentuk, struktur dan sebagainya.
Ubah suai besar begitu, secara umumnya, seperti buat sebuah rumah yang baru. Asas rumah tu saja yang kekal. Sistem saliran air dan pendawaian eletrik biasanya perlu dibuat semula dari A ke Z.
Jika anda jenis menyewa, mungkin tak akan ada pengalaman ubah suai macam yang saya terangkan di atas tu. Kena tunggu sedikit masa nanti, bila dah ada duit, mampu beli rumah sendiri, kemungkinan untuk ubah suai baru muncul.
Siapa mampu ubah suai rumah
Tak ramai yang ada kesempatan untuk ubah suai rumah besar-besaran begitu. Itu kerja orang kaya yang ada jawatan dan gaji besar.
Orang yang dah lama berniaga, bertungkus lumus secara konsisten membesar secara organik juga ada keupayaan ubah suai rumah bila dah berpuluh tahun kerja macam hamba abdi di syarikatnya sendiri.
Usahawan yang bernasib baik baru berniaga dan tetiba bisnesnya meletop maju menjana keuntungan juga mampu ubah suai rumah.
Paling kerap saya lihat dulu ialah para kontraktor parti politik yang kuat di mana orang yang dia sokong dan kenal baik duduk di atas dalam kerajaan. Mereka buat duit lebih dari mampu untuk ubah suai, malah mampu beli rumah besar baru pun dan tak cukup diubah suai lagi.
Satu lagi golongan yang mampu ubah suai rumah secara besar-besaran begitu adalah orang yang baru pencen. Duit pencen ada banyak, bagi pekerja swasta, duit KWSP dah boleh dikeluarkan semua, boleh ubah suai rumah yang dia ada.
Ringkasnya, nak ubah suai rumah, kena ada duit yang banyak dan duit tu berlebihan tak digunakan.
Tak semua berpeluang ubah suai
Pengalaman ubah suai rumah ni bukannya selalu berlaku. Ada orang sampai mati tak ada kesempatan buat. Ada orang sempat ubah suai sikit-sikit saja dan hanya segelintir saja yang Tuhan murahkan rezki untuk ubah suai rumah lamanya.
Saya masuk dalam golongan yang sedikit tu hasil dari rezki berniaga dan tekun bertangkai jering. Masih belum sampai umur pencen, dikurniakan rezki untuk buat pegubahsuaian.
Lama dah niat nak buat. Memang kena buat sebab rumah yang ada, rumah asal yang saya beli tu sangat asas dan kecil. Lama dah bertahan cuba sesuaikan diri dengan apa yang ada. Akhirnya mampu juga.
Mulanya nak buat tambahan di bahagian dapur sahaja. Lepas tu merebak tambah ke depan sikit dan akhirnya habis semua diubah suai semula. Dari bajet puluhan ribu merebak jadi ratusan ribu.
Bila jadi begitu, pujuk hati saja kononnya bukan selalu.
Nasihat pertama saya adalah berhati-hati bila nak ubah suai rumah. Perlu tetapkan iman dan kuatkan pendirian supaya tidak terlajak. Rancang betul-betul dan buat pelan atau kertas, buat rumah sample dan sebagainya sampai puas hati.
Ubahlah plan dan sample tu berkali-kali tak mengapa asalkan bila dah puas, rumah akan dibina ikut apa yang dipersetui tanpa ada tokok tambah lagi.
Tertipu sebab nak jimat kos
Sebelum nak buat ubah suai, saya tengok dulu mana-mana jiran ang dah buat lebih awal sebelum saya. Tengok rupa bentuk yang mereka ubah kalau-kalau boleh dapatkan sedikit idea.
Yang penting, nak dapatkan nasihat berdasarkan pengalaman yang dia lalui. Nak tengok juga kalau-kalau kntraktor yang dia pakai tu boleh diambil untuk rumah saya pulak.
Ada dua matlamat nak dapatkan pandangan jiran. Pertama sudah tentu nak elakkan diri dari kena tipu. Banyak kes kena tipu berlaku bila duit habis tapi rumah tak siap, bila pilih kontraktor yang tak jujur dan tak bertanggung jawab.
Keduanya nak pastikan hasil yang baik. Perlu pilih kontraktor yang kerjanya terperinci dan memuaskan hati.
Dari situ saya akhirnya gunakan kontraktor yang telah ubah suai seorang jiran yang saya kenal. Hasil kerjanya nampak baik dari segi kekukuhan. Kontraktor itu merupakan seorang warga Bangkadesh yang sudah lama duduk di negara kita.
Dia dah renovate banyak rumah di taman tempat saya tinggal. Secara logiknya, tentu kerjanya boleh dipercayai. Dan paling penting harganya murah.
Itu yang cuba di capai.
Persepsi saya adalah jika ambil kontraktor yang ada nama, orang tempatan yang dah kukuh perniagaan ubah suai rumah, tentu kos mereka akan melambung naik. Baik ambil saja kontraktor Indonesia atau Bangladesh.
Untuk anda yang ada hasrat mahu ubah suai rumah. SILA AMBIL PERHATIAN!.
Jangan ulang kesilapan saya itu. Sila ambil kontraktor yang ada reputasi, dah lama buat kerja renovate rumah dan biarlah mahal sikit berbanding Bangla atau Indon. Mahal pun tak lah banyak sangat.
Anda akan pasti dapat sebuah rumah yang baik dan boleh digunakan dalam tempoh yang lama tanpa ada sebarang masalah berbangkit. Itu nasihat saya.
Masalah eletrik muncul
Sambung kepada cerita di mula sekali tadi.
Saya panggil orang pandai bab-bab eletrik yang memang kerjanya bermain dengan pendawaian rumah baru dan lama. Dia datang untuk buat pemeriksaan.
Masa juru letrik ada, semua tempat yang saya periksa sebelum ini yang ada eletrik dah tak ada pulak. Pelik?
Mereka check satu persatu untuk lihat apa yang berlaku di rumah tu. Dari semua pemeriksaan itu banyak perkara tak betul telah berlaku ketika saya ubah suai rumah sebelum ini.
Pendawaian yang menyebabkan lebihan bebanan berlaku di banyak tempat. Sambung wayar separuh jalan dari kotak fius pakai wayat baik dan di separuh jalan pakai wayar murah. Macam mana sambungan dibuat pula enlahlah.
Diringkaskan cerita, semua skru dan pintu peti air serta barang letrik ada aliran hanya apabila hujan. Bila hujan keadaan lembab maka banyak tempat ang tak sepatutnya ada aliran letrik.
Mungkin disebabkan sambungan tidak dibalut dengan baik, terdedah lau menyentuh dinding. Mungkin ada masalah pada wayat bumi dan serba banyak kemungkinan lagi.
Akhirnya terpaksa buat semula pendawaian dan betulkan mana yang tak betul.
Setakat ini, masalah dah selesai semua. Tapi mahal lah ilmu yang saya belajar itu. Yang mungkin tak akan diguna pakai lagi sebab memang tak akan ubah suai lagi rumah rasanya. Mana nak cari duit kan!.
Bagi yang belum ubah suai rumah, sila ambil perhatian. Bukan semua orang pandai buat rumah tahu bab eletrik. Pastikan orang letrik yang rancang bab pendawaian semua tu ikut spesifikasi keselamatan yang betul.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !