Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

10 August 2023

Macam-macam teori bertentangan tentang masalah kolestrol tinggi yang memeningkan kepala.

  Ano Nyme       10 August 2023


Cuba bayangkan keadaan seperti berikut.

Anda dikehendaki membuat kajian terhadap masalah kebakaran yang sering berlaku di negara kita.

Untuk itu, anda sentiasa mendapat laporan di mana saja berlakunya kebakaran. Ini bagi membolehkan pemantauan dan lawatan tempat di mana kebakaran berlaku dapat anda laksanakan. Samada anda perlu pergi sendiri atau hantar wakil bagi melihat keadaan di tempat kejadian.

Dalam proses mengumpulkan data tersebut ada satu perkara yang sangat ketara dapat dilihat. Ada satu kaitan yang sangat kuat antara kebakaran dengan kehadiran ahli bomba.

Setiap kali ada rumah terbakar, anda akan dapat lihat adanya ramai ahli bomba ditempat kejadian. Lagi besar kebakaran tersebut, lagi ramailah ahli bomba ada di situ.

Dari maklumat itu, anda rumuskan bahawa untuk elakkan berlakunya kebakaran, jumlah ahli bomba perlulah dikurangkan.

Maka satu usaha untuk kurangkan jumlah ahli bomba segera dilaksanakan. Setiap balai bomba diperintahkan untuk buang pekerjanya. Ramai yang terpaksa dipindahkan ke tempat lain dengan menukar kerjaya mereka.

Agaknya, dengan tindakan mengurangkan jumlah ahli bomba tersebut, adakah masalah kebakaran dapat diselesaikan?

Adakah jumlah kebakaran akan berkurangan dengan jumlah ahli bomba yang sudah dikurangkan ke tahap paling rendah?

Anda sendiri tahu yang tindakan mengurangkan jumlah ahli bomba dengan haraan kejadian kebakaran dapt dikawal dan seterusnya dikurangkan di negara kita adalah satu keputusan yang amat bodoh.

Kolestrol dan masalah jantung

Semua orang tahu sekarang yang kolestrol dikaitkan dengan masalah saluran darah tersumbat. Jika kandungan LDL atau kolestrol jahat dalam darah tinggi, ia akan berkumpul dan melekat pada saluran darah anda. 

LDL terkumpul dan melekat itu dipanggil 'plaque'. Jika banyak palque tersebut, saluran darah boleh tersumbat dan masalah kesihatan berlaku. Strok adalah salah satu kesan dari saluran darah yang tersumbat.

Itu yang kita semua faham apabila ia disebarkan di seluruh dunia. Semua orang percaya teori tersebut. Saya sebut sebagai teori sebab apa yang mampu kita buat setiap kali diterangkan semua perkara tersebut adalah percaya dan taat apa nasihat yang mereka berikan.

Tak ada seorangpun manusia normal, marhaen macam saya dan anda yang dapat kaji, lihat melalui teropong, dan seumpamanya, untuk sahkan apa yang mereka kata itu betul. Kalau mereka buat cerita salah, tiada siapa yang mampu buktikan melainkan golongan dalam kumpulan mereka sendiri sahaja.

Setiap kali ada masalah jantung, di situ juga bacaan kolestrol adalah tinggi. Itu dibuktikan oleh kajian yang banyak yang anda boleh buat carian di google. Buka dan baca kalau faham. Saya banyak kali cuba baca dan cuba fahamkan tapi terma-terma yang dipakai membuatkan rasa meloya nak termuntah sebab tak faham. Tapi sampai sekarang masih cuba membacanya untuk faham sebab ia penting untuk diri sendiri buat keputusan.

Ingat semula kes ahli bomba di rumah terbakar di atas. Perumpamaannya sama dengan kes di mana ada masalah jantung tersumbat, disitu adalah bacaan kolestrol yang tinggi.

Maka rumusan mudah adalah, rendahkan saja bacaan kolestrol, maka masalah jantung akan dapat dielakkan. Ada ubat dadah yang sangat berkesan untuk turunkan tahap kolestrol dari darah anda.

Yang menariknya, nilai pasaran ubat rendahkan kolestrol dalam darah tu sangat besar di seluruh dunia, iaitu USD31.4 billion. Saiz pasaran itu dijangka akan naik lagi ke USD42.5 billion setahun pada tahun 2021.

Dan tahukah anda siapa antara pembekal terbesar dunia untuk ubat Statin, dadah yang digunakan dengan meluas di seluruh dunia untuk rendahkan tahap kolestrrol?

Tak lain tak bukan adalah Pfizer !

Ramai dah kenal nama tu sebab mereka juga antara pembekal vaksin terbesar dunia ketika covid melanda sebelum ini. 

Persoalannya, boleh percaya ke mereka semua?

Adakah mereka memang entiti yang membawa kebaikan untuk umat manusia sebab memberikan ubat mujarab atau mereka sendiri terlibat dalam konspirasi menjadikan manusia perlu mendapatkan ubat?

Macam mana nak buktikan semua itu?

Saya tak ada jawapan. 

Dari apa yang anda semua boleh saksikan sendiri di seluruh dunia sekarang, pembohongan adalah sangat meluas. Manusia gilakan kuasa dan harta. Mereka sanggup buat apa saja untuk itu. Bunuh manusia pun mereka sanggup. Nyawa manusia jauh lebih rendah dari wang di mata para elite kaya dan berkuasa di atas sana.

Dulu percaya bomoh, sekarang ..

Jika diimbas semula zaman tok nenek moyang dulu, semua keputusan yang dibuat adalah berdasarkan pengetahuan sendiri yang dipertanggung jawabkan. 

Maksud saya, pengalaman sepanjang menjalani kehidupan diambil sebagai landasan membuat sesuatu keputusan. Kalau dia percaya getah getah pokok ipoh tu beracun adalah disebabkan dia ada pengalamannya sendiri melihat kesan dengan mata dan kepalanya.

Paling sesat buat orang-orang dahulu adalah sekadar percaya tok bomoh sahaja. Petua yang tok bomoh berikan, segala pantang larang diambil atas dasar percaya kepada tok bomoh tersebut tanpa perlu kaji dan selidik. Biasanya bomoh diguna pakai apabila berhadapan dengan masalah kesihatan.

Mungkin anda rasa institusi perubatan sekarang dengan para doktor yang terlatih itu tidak sama dengan para bomoh. Tapi saya lihat sebaliknya.

Anda percaya pada bomoh dengan taat tanpa mampu memahami dan mengkaji apa yang dia ajar. Begitu juga anda percaya pada para doktor sekarang, percaya pada institusi kesihatan yang ada di seluruh dunia tanpa mampu mengkaji dan mengesahkannya samada betul atau bohong.

Jadi sama saja kepercayaan dan ketaatan yang tinggi diberikan kepada para doktor dan juga bomoh.

Jangan buang ahli bomba

Dunia medsos sekarang yang terbuka luas selain dari mengundang aktiviti buang masa dan lalai, ada juga bagusnya. Macam-macam maklumat anda boleh lihat di medsos.

Ada maklumat yang baik dan ada juga yang bohong sekadar hiburan. Semuanya bercampur aduk seperti sebuah lautan yang menerima seribu satu macam jenis air dari darat. Terpulang pada individu untuk menggunakan akal menapis mana yang sesuai dan buang yang tak sesuai.

Dari medsos juga saya jumpa banyak teori yang menentang amalan telan ubat kolestrol. Teorri mereka yang saya ceritakan dalam contoh kisah kebakaran dan ahli bomba di atas.

Tindakan buang ahli bomba dengan harapan kebakaran akan berkurangan adalah tindakan bodoh. Begitu juga tindakan buang kolestrol yang bertungkus lumus buat kerja untuk kekalkan kesihatan tubuh badan adalah satu tindakan bodoh dan sia-sia.

Cara betul untuk elakkan masalah jantung tersumbat dan masalah kesihatan lain yang berkaitan adalah dengan ubah gaya hidup. Buang biskut, buang gula, buang makanan yang diproses dan mula makan makanan segar sahaja.

Itulah cara paling betul.

Tapi anda sendiri tentu tahu betapa sukarnya untuk ubah cara makan dan minum yang dah diamalkan sejak dari dulu lagi. Tambahan pula industri pembuatan makanan yang menjana berbillion dari aktiviti jual makanan yang tak baik untuk kesihatan sangat sukar untuk dijatuhkan.

Duit adalah jauh lebih penting dari kesihatan manusia sejagat ..

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Macam-macam teori bertentangan tentang masalah kolestrol tinggi yang memeningkan kepala.

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Benar dan tepat... kembalilah makan ulam ulaman yang mentah yakni wajib ada... sayuran yang dimasak sudah kira diproses banyak kandungan semulajadi sudah hilang zatnya

    Serta minum air kosong paling minima 2 litre sehari, amalan saya 1 litre dihabiskan sebelum mandi subuh... selebihnya sehingga sebelum tidur malam... Alhamdulillah dari segi logik air adalah mukjizat yang sama jadi dengan bumi dan juga 70% dari alam ini mengandungi air... badan kita pun sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan! moga saya juga dapat amalkan .. insyaallah!

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !