Antara isu popular yang di perjuangkan oleh pencinta alam seluruh dunia adalah mengenai pemanasan global. Saintis beritahu yang bumi sekarang mengalami cuaca yang semakin panas dan bakal memberikan impak buruk kepada manusia.
Mereka berikan segala bukti yang diperlukan untuk meyakinkan anda.
Ada satu golongan lagi yang anggap isu pemanasan global ini hanyalah satu sandiwara. Bukti atau data yang diberikan tidak tepat dan boleh dimanipulasi. Tujuan isu ini adalah untuk kepentingan politik dan paling penting ekonomi.
Jika anda fikirkan secara logik, anggapan bahawa isu pemanasan global adalah sandiwara boleh masuk akal juga. Barat tuding jari ke China yang dikatakan penyumbang besar pencemaran udara. Jika semua dunia percaya, diharapkan negara komunis itu tak bergerak laju sangat untuk tinggalkan barat dari segi kemajuan ekonomi. China buat barang dan bekalkan ke seluruh dunia dengan kos yang tak ada satu pun negara barat dapat lawan. Sebab itu mereka cari jalan untuk sekat China.
Bagi saya, atau barangkali anda yang baca artikel ini, yang bukan salah seorang saintis yang terlibat membuat kajian berkenaan cuaca dunia ini, tak dapat nak buktikan apa-apa pun. Semua ilmu dan teori yang dikemukakan untuk orang biasa macam kita baca dan cuba hadam hanyalah seperti cerita dongeng saja.
Anda yang perlu terima dan percaya segala teori dan ilmu sains yang dipersembahkan oleh para santis sekarang tanpa perlu faham sedikitpun. Saintis dah jadi macam tok sami agama baru sekarang. Tak ada daya upaya untuk manusia buktikan salah atau benarnya.
Senjata yang ada pada manusia biasa hanyalah akal dan pemikiran logik sahaja. Untuk membina keupayaan itu, perlu daya fikir yang tinggi.
Dan malangnya, keupayaan berfikir majoriti manusia atas muka bumi sekarang makin lama makin lemah sehingga semua manusia dengan mudah dikawal cara dan apa yang perlu difikirkan melalui aktiviti propaganda yang sangat cekap dan menyeluruh di seluruh dunia sekarang.
Rasa makin panas
Samada betul panas meningkat atau tidak, anda yang ada pengalaman melalui perubahan zaman dari tahun 60-an dulu sehingga sekarang tentu dapat tentukan sendiri. Itupun jika anda ada masa untuk berfikir tentang semua masalah itu.
Saya ada masa sikit, jadi saya selalu juga fikirkan tentang masalah panas ini.
Secara umum, memang terasa cuaca makin panas berbanding zaman saya kanak-kanak dulu. Masa tu duduk di kampung yang penuh dengan pokok dan tumbuhan. Rumah dikampung hampir semuanya diperbuat dari kayu beratapkan rumbia.
Melepak atas rumah ketika cuaca panas tak ada masalah sedikitpun. Malah saya biasa saja tertidur atas pelenggar di depan Ban Paen sambil menghirup suasana berangin di bawah pokok keriang dan hutan nipah. Suasana nyaman itu kekal samada pagi petang atau tengah rembang dalam waktu tengahari.
Duduk rumah kayu Pak Din berbaring dengan anaknya, Mee, di atas rumah yang terletak di tepi sawah bendang di bawah sinar matahari terik tengahari masih kekal nyaman sebab angin lalu keluar masuk rumah melalui bukaan atas dinding yang sengaja dibuat begitu untuk pengaliran udara.
Dalam keadaan yang saya gambarkan di atas, tentu jelas bahawa rasa panas bukan sebab sushu dah meningkat dengan mendadak. Tapi sebab pokok di bandar yang saya tinggal sekarang sangat sedikit berbanding pokok di kampung masa saya kanak-kanak dulu.
Rumah di bandar yang semuanya batu bata sekarang tak ada lubang udara masuk keluar mengalir laju macam rumah di kampung yang diperbuat dari kayu dulu.
Minggu lepas saya ke Bagan Dato. Cuaca panas sama saja macam dibandar. Sebaik saja saya masuk duduk bawah kebun sawit yang redup bersih, terus rasa nyaman. Kalau ada pangkin, mahu tertidur rasanya. Itu membuktikan bahawa panas atau nyaman ada kaitan rapat dengan cara manusia hidup sekarang.
Perubahan suhu dari tahun 60-an
Saya buka google cari maklumat suhu negara kita dari tahun 60-an. Maklumat suhu yang diukur dari tahun 1960 sehingga ke tahun 2023 hanya umum. Cuaca paling panas pernah dicatit adalah 39.0 °C yang dicatitkan berlaku di KLIA pada Oktober 2019.
Suhu paling sejuk pula adalah serendah 12.8 °C berlaku di Kota Bharu Kelantan pada Februari 1999.
Perubahan purata suhu dari tahun 1992 hingga tahun 2022 adalah dari 27.0 °C kepada 27.5 °C . Hanya beza 0.5 darjah saja. Mungkin beza sebanyak itu sangat terasa secara umum di luar sana. Tambah lagi dengan kawasan lapang togel tak ada pokok, rumah baru tak ada aliran udara, semua itu memberikan kesan emosi tak tahan yang membenarkan cerita dunia sudah panas.
Pasang penghawa dingin
Saya sebenarnya nak cerita pasal penghawa dingin dalam artikel ini. Tapi dalam pencarian maklumat berkenaan cuaca dan suhu, jadi panjang pulak mukadimahnya sebab nak cuba faham kedudukan sebenar pasal cuaca dan suhu negara kita.
Manusia ini, samada panas atau sejuk, memang tak pernah berpuas hati keadaannya. Kalau sejuk, dia merungut cari cara untuk panaskan. Bila panas pula, dia bising dan berusaha untuk sejukkan pula.
Saya baca kisah seorang emperor Roman bernama Elagabalus satu ketika dahulu cuba sejukkan istananya dengan cara mudah. Dia hantar hamba abdinya pergi panjang gunung bawa turun salji atas gunung tu untuk diletakkan di depan dalam taman istana. Bila angin lalu, rasa sejuk akan bertiup melalui semua tempat dalam istananya.
Cara sama dilakukan di Amerika pada tahun1806 oleh seorang usahawan bernama Frederic Tudor. Dia jadi kaya bila pergi potong ketul air di New Englang, bungkus dengan serpihan papan dan hantar ke tempat yang panas. Bisnes bekal ketul ais dari tasik di New England laris keras.
Begitulah cara aircond zaman kuno dan di abad ke 19 dulu.
Memang manusia sentiasa cari jalan nak kawal cuaca. Tapi malangnya masih tak dapat buat secara berkesan sangat. Panggil hujan turun adalah salah satu cara nak kawal cuaca. Dulu pakai bomoh hujan, sekarang mereka pakai teknologi tanam hujan.
Kalau tak dapat kawal cuaca di luar, manusia beralih arah untuk kawal cuaca dan suasana di dalam pula. Ini berjaya dilakukan apabila terciptanya penghawa dingin.
Penghawa dingin bermula pada tahun 1902 dulu. Tapi bukan asalnya untuk sejukkan dalam bangunan. Sebaliknya ia direka oleh seorang jurutera, Willis Carrier, yang bekerja untuk syarikat bernama Buffalo Forge, sebuah syarikat alat pemanas.
Syarikat itu diminta oleh peniaga percetakan yang hadapi masalah kualiti cetakan berwarna pada kertas. Masalah perubahan saiz kertas disebabkan kelembapan yang kembang atau kuncup dalam beberapa milimeter membuatkan kualiti cetakan berterabur. Jadi mereka perlu kawal kelembapan pada mesin cetakan itu.
Jurutera muda itu dapat solusi mudah. Dia dapati jika udara dilalukan pada gegelung metal yang disejukkan oleh ammonia yang dimampatkan, kelembapan udara di situ akan dapat dikekalkan. Peniaga cetakan sangat gembira dengan ciptaannya dan produk itu berkembang habis masuk ke semua industri yang mahu kekalkan keadaan kelembapan.
Pada tahun 1906, Carrier nampak potensi yang lebih menarik. Dia reka cara untuk nyamankan dewan theatre yang biasanya tutup pada musim panas sebab cuaca tidak mengizinkan untuk aktiviti berada dalam dewa tertutup begitu. Boleh pangsan kepanasan
Rekaan Corrier menyelamatkan cuti tak boleh cari makan pengusaha theatre pada musim panas. Bukan itu saja, penghawa dingin akhirnya merebak masuk ke segenap bangunan sehinggalah dalam rumah dan kereta saya sekarang.
Hasilnya, bangunan berubah dari papan pakai kayu. Orang Melayu ubah pakaian dari nipis ke Baju Kot tebal bila ke pejabat ( kerja gila yang tak perlu sebenarnya). Keadaan selesa dalam semua tempat membeli belah. Produktiviti meningkat di kilang-kilang yang sediakan suasana nyaman pada pekerjanya supaya mereka tak sedar jadi hamba dan belakang deretan rumah di taman saya tinggal akan panas nak mampus siang dan malam sebab dipukul oleh udara panas yang keluar dari kompressor aircond setiap rumah.
Itulah bahana aircond yang ubah manusia, ubah cara tinggal, ubah budaya, ubah cuaca dan segalanya ..
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !