Dalam grup wasap mana-mana pun akan ada seorang dua yang kerjanya suka bakar hati orang lain. Dalam bahasa lembutnya, dipanggil mengusik.
Kaki mengusik ni kerjanya komen posting kawan-kawan lain yang bersemangat juang. Terutamanya mereka yang punya pegangan kuat pada satu-satu aliran. Orang yang ada pegangan dan taksub pada satu-satu aliran akan cenderung untuk jadi fanatik dan pilih kasih terhadap kenyataan.
Jika satu-satu kenyataan itu menjadi bukti atau hujah yang menyokong aliran pegangannya, dia akan lompat bersorak kuat sambil sebarkan perkara itu dengan perasaan bangga.
Sebaliknya, jika satu-satu perkara itu menjadi bukti yang mampu menolak kebenaran apa yang diperjuangkannya, dia akan pejam mata dan abaikan saja perkara tersebut seolah-olah ia tidak wujud. Kaki mengusik selalunya dapat kesan perkara ini. Hujah sebegitu akan sengaja di lontarkannya bagi menaikkan kemarahan pentaksub tadi.
Perhimpunan solidariti Palestin
Sekarang ni semangat bersolidariti bersama Palestine sedang kuat di seluruh dunia. Apa yang tentera Israel buat pada rakyat Palestine memang sangat tak patut. Terang-terang apa yang berlaku adalah satu jenayah antarabangsa apabila penduduk awam di henyak tanpa belas kasihan.
Bagaimana nak selamatkan rakyat Palestin?
Itu soalan utama yang setiap orang perlu tanya.
Kalau baca laporan di media massa, nampak terang dan nyata yang Israel sedang melakukan usaha menghapuskan penduduk Gaza. Matlamat utama mereka adalah untuk melumpuhkan terus Hamas yang dianggap sebagai sebuah organisasi pengganas.
Tak hairan jika Israel mahu buat begitu sebab memang Hamas terang-terang dari awal dulu lagi menyatakan komitmen mereka untuk menghapuskan negara Israel. Dalam keadaan begitu, sudah tentu Israel akan buat apa saja sehingga Hamas hancur.
Hamas telah berjaya menang pilihanraya pada tahun 2006 dengan menewaskan pesaing mereka iaitu pergerakan Fatah yang dipimpin oleh Mahmoud Abbas berpusat di West Bank
Jika rakyat Gaza pilih Hamas untuk jadi kerajaan mereka, maka boleh dianggap bahawa mereka secara majoriti turut sama bersetuju dengan komitmen Hamas untuk hancurkan negara Israel. Maka rumusannya adalah, Hamas benci Israel dan Israel benci Hamas. Sampai bila-bilapun peperangan di Gaza tak akan berhenti.
Itu saja rumusan yang boleh dibuat.
Berbalik kepada soalan bagaimana nak selamatkan rakyat Palestin tadi. Jika solusinya adalah untuk gesa agar peperangan dihentikan, maka itu adalah satu cara yang sudah pasti akan terus gagal. Semua orang tahu Gaza tak akan berhenti berperang selagi Hamas jadi kerajaan di sana.
Jika bantuan diberikan kepada penduduk Gaza, ia cuma bantuan sementara saja. Bukan bantuan untuk membina penduduk dan membangunkan Gaza agar aman makmur sesuai sebagai tempat penginapan orang Palestin di sana.
Bantuan begitu akan dilihat seperti bantuan membantu rakyat Palestin untuk berperang melawan Israel. Sebab itu negara Eropah dan Amerika anggap perhimpunan atau apa saja aktiviti membantu dan menyokong Palestin di Gaza adalah satu kesalahan.
Cara terbaik adalah untuk berikan tumpuan kepada rakyat Palestin yang tak sokong Hamas, merekalah yang paling teraniaya sebenarnya. Sebolehnya, hantar mereka ke Mesir atau sekurangnya sempadan Mesir dan jadikan mereka warganegara Mesir. Mungkin itu lebih sesuai untuk tempoh masa jangka panjang bagi membantu mereka.
Jika rakyat Malaysia berhimpun ramai-ramai bersolidariti kepada Gaza, ertinya, mereka sokong Hamas yang memang nekad untuk hapuskan dan hancurkan negara Israel. Dan saya yakin memang itu juga pandangan majoriti rakyat Malaysia yang beragama Islam. Mereka mahu Israel hancur.
Cuma perjuangan rakyat Malaysia yang serius mahukan Israel hancur hanyalah sekadar di dalam kelambu. Majoritinya beranggapan dengan menghiasi profile medsos mereka dengan bendera Palestin, buat posting hari-hari pasal kekejaman Israel kepada rakyat Palestin dan lain-lain seumpamanya, tandanya dia sedang berjuang dengan hebat untuk hancurkan negara Israel.
Tetapi bagi pemimpin besar hamas yang rata-rata tinggal dan hidup mewah diluar negara, sokongan berterusan sedemikian amat-amat diperlukan agar mereka dapat terus hidup selesa atas nama perjuangan rakyat Palestin.
Boikot barang Yahudi
Selain dari usaha menghiasi gambar profile dengan bendera Palestin dan anjurkan perhimpunan, rakyat Malaysia juga berusaha memboikot semua perniagaan yang dipercayai ada kaitan dengan Yahudi.
Jika perniagaan itu hancur di Malaysia, maka sumbangan secubit garam kepada negara Israel hasil dari keuntungan berniaga di Malaysia akan hilang.
Sebelum lihat apa benarkah ia memberikan impak dalam usaha membantu rakyat Palestin dengan kerja boikot itu, elok lihat terlebih dahulu kesan kepada rakyat Malaysia sendiri terlebih dahulu.
Kesannya sangat teruk bila bisnes syarikat besar yang menyediakan peluang pekerjaan pada ramai rakyat Malaysia bungkus. Maka ramai rakyat kita akan kehilang sumber mata pencarian. Itu kesan yang pasti jika kerja boikot diteruskan dalam tempoh masa yang lama.
Yang tak pasti adalah, adakah itu membantu rakyat Palestin. Sedangkan ia hanya merosakkan ekonomi sebahagian rakyat Malaysia sahaja, itu pasti.
Jadi agaknya adakah boikot itu satu perkara bijak yang perlu diteruskan?
Senjata yahudi lawan yahudi
Itulah yang kawan di media sosial anak khariah kampung saya usik pada mereka yang kuat mempamerkan kesungguhan mereka menyokong rakyat Palestin di grup kampung.
"Pulun war-war sebar boikot, maki hamun yahudi dan sebagainya tapi dalam masa yang sama bersyukur kepada Tuhan kerana diberi peluang menggunakan teknologi Yahudi itu juga" Itu usik kawan kampung.
Maka dibalas oleh mereka yang marah dengan memberikan perumpamaan seperti tajuk di atas tadi. " Takkan nak lawan bom nuklear Amerika kena buat bom nuklear sendiri kot?".
Bila saya baca soalan itu, jawapan dalam hati saya adalah 'Ya!'.
Sebab Amerika tak akan jual bom nuklear buatannya kepada anda jika senjata itu akan digunakan untuk bom Amerika. Yang dia selalu jual adalah kepada orang Islam yang perlukan senjata untuk berbunuhan sesama Islam juga, itu bisnes yang menguntungkan Amerika.
Jika teknologi Yahudi seperti wasap, twitter atau sebagainya dibiarkan untuk kegunaan aktiviti mereka yang kuat melaung anti Amerika, anti Yahudi dan seumpamanya, bermakna ia langsung tidak memberi kesan, samada kepada Amerika mahupun Yahudi. Malah ia mendatangkan keuntungan kepada mereka.
Sekali lagi anda yang rasa sangat membantu perjuangan Islam sebenarnya telah tertipu dan syok sendiri. Anda lebih banyak membantu musuh anda yang sekarang sedang terbahak ketawa.
Agama anutan majoriti manusia di seluruh muka bumi sekarang, samada yang elite atau yang marhaen adalah agama Materialism. Hampir semua manusia di seluruh muka bumi telah dilalaikan oleh kebendaan samada secara sedar atau tidak.
Majoriti manusia tidak berupaya berfikir apa yang mereka nak fikir sebab setiap saat, pemikiran mereka dikawal oleh semua media sosial dan teknologi maklumat yang tersebar merata di dunia sekarang. Semua berita yang anda baca di media massa atau media sosial adalah berita yang direka dan dikawal khas oleh para elite di atas sana untuk mengawal apa yang manusia perlu fikir. Ertinya tiada keaslian dalam apa yang manusia fikir sekarang. Semuanya di kawal.
Apa yang manusia fikir sekarang adalah apa yang mereka di atas sana, para rahib materialisme, mahu manusia fikirkan. Semua itu adalah propaganda yang telah berjaya diguna pakai secara maksimum oleh para elite berkuasa di atas sana.
Satu masa nanti, bila anda sudah tidak ada apa-apa nilai lagi untuk mereka, anda akan dibawa beramai-ramai ke padang tembak untuk dihapuskan sebagai mana tentera Israel hapuskan orang Palestine. Negara Israel itu hanyalah satu projek pilot yang mereka gunakan untuk case study bagaimana mengawal dan menghapuskan manusia yang tidak diperlukan di atas muka bumi ini.
Hanya manusia yang fokus kepada Tuhan sebagaimana yang disuruh dalam Al-Quran saja akan selamat di sana nanti.Berdoalah dan berusahalah memahami Al-Quran.
Dan mrk merancang, dan Allah (swt) merancang, dan Allah (swt) sebaik baik yg merancang.
ReplyDeleteDan sesiapa yg bertaqwa kpd Allah (swt) mk dijadikan bgnya jln keluar dan direzkikan kpdnya dr arah yg tak disangka sangkanya.
Misalan bg org org yg mengambil selainAllah (swt) sbg pelindung adalah spt labah labah yg menjadikan sarangnya sbg rumah (tmpt berlindung), dan sesungguhnya selemah lemah rumah (tmpt berlindung) adalah sarangnya labah labah, jika kamu mengetahui.
Kita para mukmin disuruh bersedia dgn segala kekuatan, tp kita tidak dimenangkan dgnnya. Mukmin dimenangkan dgn pertolongan Allah swt.
Insyaallah ! terima kasih sudi berikan komen.
DeleteKita disini asyik berkelahi sesama sendiri pasal takbir lah, pasal pakaian ala ora g Palastine konon semangat kobar2...
ReplyDeleteTapi patutnya bila semangat berkobar kita semua lebih lebih lagi orang muda patut bermula dan diterjemahkan dengan penuhi surau dan masjid di pagi Subuh dengan Istiqomah agar dapat Aminkan Qunut Nazillah, tapi semangst kobar kobar hanya tinggal semangat jalanan dan MEDSOS saja
Insyaallah ..
Delete