Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

10 December 2023

Minum air kopi asli rasa macam setar-bag buat sendiri kat rumah pakai Moka Pot beli dari Shopee

  Ano Nyme       10 December 2023

Masa duduk di kampung dulu, sejak di bangku sekolah, mak akan bancuh air kopi satu teko besar penuh. Kami adik beradik, memang kaki kopi O. Ada kalanya berebut sampai mak terpaksa buat seorang satu gelas besar. (sumber image)

Masa itu, mak bancuh kopi kampung yang ada rasa masam-masam pahit. Antara jenama yang saya ingat adalah jenama kopi cap Hang Tuah. Ada dijual serbuk kopi itu samada dalam bungkusan atau dalam tin. Saya tak berapa ingat sangat jenama lain tapi yang pastinya, ia jenis kopi buatan tempat, orang kampung.

Ada juga serbuk kopi yang dijual di pasar malam secara timbang. Sekarang pun masih ada orang datang jual di pasar malam dan terutamanya di pasar pagi setiap hari ahad di sepanjang ban busuk di kubang semang tu. Dia bawa sekali mesin penghancur kopi letak atas meja tu untuk jadikan perniagaan serbuk kopinya lebih menarik. Kalau saya balik kampung, sekali sekala akan beli juga serbuk kopi tu bawa balik ke rumah di Selangor.

Masa pergi ke rumah tok di Bagan Dalam dulu, zaman kanak-kanak dulu, selalu juga pergi tengok Mak Mertua kepada emak saudara di sana yang pandai buat kopi sendiri. Yang masih saya ingat, dia masukkan biji kopi yang dah dikeringkan dalam kuali, campurkan dengan gula, ada sedikit margerin dan digoreng atas kuali tu. Selepas itu baru dihaluskan biji kopi itu sebelum disimpan dalam bekas buat bancuh kopi bila nak minum nanti.

Minum kopi di France

Tamat tingkatan 5, saya ke Kuala Lumpur satu setengah tahun kemudian pergi ke France dan duduk sana lima tahun. Di Perancis saya mula kenal kopi asli yang pahit kelat tapi sedap bila minum di Cafe Brasserie yang ada banyak di sana. Kat sini, cafe brasserie tu macam kedai kopi la, tapi dalam bentuk yang lebih menarik dan santai.

Saya mula ketagih bersarapan dengan kopi late secawan di makan bersama sebiji croissant yang disapu butter. Subhanallah! lazat tak tau nak habaq. Kadang-kadang makan 'pain au chocolat' dengan secawan besar kopi yang dicampur susu segar.

Yang saya masih tak dapat ikut adalah kesukaan kawan-kawan orang Perancis yang minum kopi tanpa gula. Sampai sekarang masih tetap nak ada gula juga walaupun sedikit saja. Perlu ada sedikit manis. 

Masa tu harga secawan kopi kalau tak salah dalam 10 francs atau kurang. Kalau ada sekitar 20 francs boleh makan sebiji croissant dan minum kopi di cafe brasserie.

Untuk jimatkan duit, perlu beli mesin bancuh kopi dan serbuk kopi untuk bancuh sendiri kopi di rumah. Maka bermulalah perangai minum kopi siang dan malam sampai sekarang.

Terus minum kopi sampai tua

Bila balik ke Malaysia, saya dah tak berapa boleh minum kopi kampung yang pernah jadi kegemaran saya satu ketika dulu. Perbezaan antara kopi yang saya mimum di perancis dengan kopi kampung agak jauh.

Kopi di sana lebih cenderung ke arah rasa nescafe tapi lebih sedap dari itu. Tapi nescafe ada sedikit rasa kelat masam yang agak kuat yang saya tak berapa suka. Melainkan campur dengan susu segar, barulah bertukar jadi lazat. Maka saya ulang minum nescafe saja setiap kali lepak di kedai mamak bersama kawan-kawan.

Satu masalah besar minum nescafe di kedai ni adalah bancuhannya yang tidak konsisten rasanya. Ada kedai mamak yang memang sedap secukup rasa. Tapi kebiasaannya, kalau minum di kedai melayu, rasanya hancur. Bila suruh adjust sikit kepekatannya atau kemanisannya, habis hancur berderai tak sanggup nak teruskan minum lagi.

Bila dah kahwin, saya lebih suka minum kopi di rumah saja. Saya dah jumpa serbuk kopi yang sesuai rasa asli macam minum kat france dulu dan tak perlu minum nescafe lagi. Jenama yang selalu saya beli samada di Giant atau di Shopee adalah Jenama Mister Coffee. Anda boleh klik di sini untuk beli dari shopee, murah saja.

Bancuh Kopi pakai French Press

Untuk lebih sedap, saya juga beli bekas bancuh kopi yang dipanggil French Press untuk kemudahan orang rumah sediakan kopi. Rasanya dah ramai kaki kopi yang kenal French Press ni. Masa dok cari dulu agak susah juga dapatkannya di pasaraya kecuali kat Parkson. Namun begitu, yang dijual di Parkson agak mahal setelah saya bandingkan di shopee.

Mka saya order saja dari shopee French Press Coffee Maker, anda boleh cuba beli di sini kalau berminat. Pastikan anda lihat saiz pot tu sama kecil atau besar supaya tak tersilap beli nanti. Ada banyak jenis yang dijual, tapi saya ambil yang steel tu supaya tahan lama.

Mula pakai Moka Pot

Baru-baru ini saya tengok kawan ada share dia tengah masak kopi dalam satu pot yang bentuknya selalu saya lihat dalam ikon yang dipaparkan dalam serbuk kopi. Tak pernah terlintas nak tanya sebab saya sangkakan ia hanya sejenis teko bancuh kopi biasa saja.

Bila tanya kawan tu, dia kata itu pot bancuh kopi ala-ala espresso yang direka oleh seorang jurutera Italy bernama Luigi di Ponti pada tahun 1933. Anda boleh aca sejarah Moka Pot tu kat Wikipedia.

Bila dengar macam espresso, saya terus cari kat shopee dan tengok harganya murah sangat. Maka saya order sebiji size paling besar dan dah dapat dan digunakan sekarang. Memang berbeza rasanya dan memang best dan puas hati sangat beli seiji untuk disimpan di rumah. 

Kalau anda nak cuba beli Moka Pot, boleh dapatkannya di sini. Beli lah satu, sangat berbaloi sebab boleh dibawa pergi berkelah untuk jadi pot bancuh kopi yang berkualiti dan mudah serta sedap.

Bila anak-anak lelaki yang dah suka kopi sama macam bapak dia lihat, depa juga asyik pakai moka pot untuk sediakan minuman kopi kegemaran mereka. Tak perlu pergi ke setar bag lagi untuk pekena kopi lattee atau minum capochino sekarang. Pakai moka pot saja.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Minum air kopi asli rasa macam setar-bag buat sendiri kat rumah pakai Moka Pot beli dari Shopee

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !