Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

28 January 2024

Sakit pinggang bawah, lenguh urat punggung & kaki - Akhirnya alat ni juga yang berkesan

  Ano Nyme       28 January 2024


Ada banyak juga artikel berkenaan masalah sakit tulang belakang, sakit pinggang dan sakit urat punggung turun sampai kebawah, telah saya tulis dalam blog ini. Semua usaha yang saya buat untuk atasi masalah tersebut saya kongsikan dalam artikel-artikel itu.

Mula-mula saya hanya pergi cari rawatan tradisional, iaitu urut, bomoh patah dan seumpamanya. Urut memang tak jalan lansung. Dari situ saya mula cari pendekatan lain.

Hj Man Lugua buat alignment

Antara yang berkesan dan menarik saya dapat selepas pergi jumpa Haji Man Lugua. Blog pasal Haji Man itu sampai sekarang masih ada yang baca dan minta maklumat berkenaannya. Mereka tertarik nak dapatkan khidmat betulkan alignment dari Haji Man. Kalau nak baca boleh pergi ke link di sini.

Konsep Haji Man adalah betulkan alignment tulang belakang dari atas sampai ke bawah, dan seterusnya betulkan semua sendi yang ada satu persatu. Semua dipastikan agar duduk semula pada tempat yang sepatutnya.

Haji Man tak mengurut, itu bab otot. Dia tak ambil kisah bab otot. Katanya, otot jadi kejang, terjerut dan sebagainya adalah disebabkan kedudukan tulang yang tak betul. Jadi dia hanya perlu elokkan semula tulang dan sendi dan otot secara automatik akan lega.

Kalau pergi jumpa Haji Man, tak perlu nak londeh seluar dan pakai kain. Kalau anda berseluar jeans, dengan seluar itulah dia betulkan satu persatu. Baik lelaki mahupu perempuan, pakai lengkap tutup elok-elok dia boleh buat kerja seperti biasa.

Masalahnya adalah, tempat Haji Man tu nun jauh di Durian Tipus, Negeri Sembilan. Bab sendi yang asyik lari ni bukan boleh betulkan sekali kemudian selesai masalah. Perlu ulang pergi sekurangnya setiap bulan. Itu yang saya tak dapat buat. Maka perlu cari orang yang dekat supaya mudah.

Jumpa Chiropractor

Saya cuba pula jumpa chiropractor yang banyak di pusat-pusat bandar. Dari master yang sebut uhh uhh setiap kali betulkan alignment sehingga ke klinik profesional yang kenakan bayaran mahal.

Kalau jumpa master uhh uhh, dia tanya apa masalah, kemudian masternya akan fokus kepada tempat bermasalah itu sendiri. Selepas itu dia akan serahkan pada para pekerjanya untuk mula buat alignment juga macam Hj Man Gua dari kepala sampai ke kaki. Bezanya cuma Haji Man seorang diri, siapa tunjai belakang dengan kakinya tapi tak ada kepak-kepak.

Para Master pula akan kilas kepak kiri kanan sampai meletup bunyi tulang. Bila meletup tu, mereka seperti berpuas hati kena sasaran. Pelanggan juga nampaknya macam suka jika meletup. Macam masalah sudah dikenal pasti dan dibetulkan.

Klinik Chiropractor profesional pulak, untuk tunjukkan mereka pro, sebelum rawatan, perlu ambil x-ray seluruh tulang belakang dari tengkuk hingga ke pinggul. Mereka akan duduk bersama pelanggan depan x-ray dan dia mula terangkan di mana masalah, sangat meyakinkan.

Fokusnya adalah melihat bentuk tulang belakang keseluruhan dan kemudiannya melihat kedudukan tulang belakang satu demi satu ruas dari tengkuk hingga ke bawah. Dia mula beritahu kat mana ruas tulang tu dah lari dan ia perlu dibetulkan.

Dari situ bermulalah rawatanh demi rawatan, biasanya wajib sekurang 3 kali, dan sekali pergi mereka kenakan charge RM110 ke Rm150. Kos mula tadi dah habis RM800 sekali dengan x-ray dan konsultasi. Kemudian mereka berikan jadual selenggaraan untuk pastikan semuanya ok. Kalau anda ikut semua jadual tu, mahu habis beribu hanya untuk pergi letupkan tulang yang dikatakan dah lari dari garisannya.

Entah betul entah tidak tak dapat dipastikan.

Yang pasti, selepas pergi jumpa mereka elok sebentar. Tak lama kemudian jadi balik macam biasa. Itulah yang berlaku pada semua rawatan yang saya sebutkan di atas tadi. Anda hanya perlu sediakan duit kalau nak sentiasa jumpa mereka atau anda boleh simpan duit tu dengan abaikan saja masalah yang dihadapi. Biar senget saja begitu sampai mati menemui satu hari nanti.

Selenggara sendiri

Dari beberapa buku berkenaan masalah tulang belakang dan berkaitan dengannya, saya difahamkan bahawa kes lenguh, sakit, sengal dan seumpamanya yang berkaitan dengan tulang dan otot sebenarnya tak perlukan apa-apa bantuan luar. Anda boleh buat sendiri saja dengan teknik dan senaman yang betul.

Masalah kebanyakan orang adalah dia nak penyelesaian segera sebaik saja sakit. Sedangkan sakit tulang dan otot itu adalah himpunan masalah sedikit demi sedikit dalam tempoh masa yang lama. Ia berlanjutan ekoran dari cara duduk, cara berdiri, cara buat kerja yang salah dan berterusan dalam satu tempoh lama.

Badan serap dan serap sehinggalah ke satu tahap yang maksimum maka tiba-tiba masalah datang. Sebab itu banyak kali orang tua terutamanya, kata dia tiba-tiba saja lenguh bahu. Tak buat kerja apa sangat pun hanya angkat buanh nangka yang dia dah berpuluh tahun buat tapi tak pernah ada masalah.

Jadi ada point penting kat sini iaitu pertamanya anda perlu tahu nak buat senaman untuk betulkan semula kedudukan tulang yang dah lari tu. Keduanya perlu sabar dan teruskan senaman tu secara konsisten dan jangan berhenti sekalipun masalah dah hilang.

Masalah lumbar

Masalah paling banyak berlaku adalah pada bahagian bawah tulang belakang iaitu di atas punggung ke atas yang berbentuk S. Ada 5 tulang kat situ yang diberikan nama L1, sehingga L5. Tulang tu biasa bermasalah sebab manusia moden duduk lama sangat sedangkan tubuh badan manusia bukan dijadikan untuk duduk lama macam tu.

Manusia perlu bergerak, berdiri berjalan, berlari dan seumpamanya. Itu aktiviti paling banyak yang sepatutnya berlaku. Tapi zaman moden ni, manusia dijadikan hamba kerja untuk para majikan mereka, dipaksa duduk berjam-jam depan komputer tengok skrin dan perah otak.

Bentuk S dan jadi lurus dan akhirnya masalah timbul.

Maka perlu dielokkan semula perlahan-lahan secara senaman. Boleh buat sendiri tapi sabar dan ambil masa sikit. Lebih baik sabar dan tak perlu habiskan duit jumpa master uhh uhh atau chiropractor.

Dalam banyak-banyak peralatan yang saya rasa sangat membantu adalah Lumbar Support dibuat dari plastik ni. Saya dah cuba dan amalkan dan ternyata mujarab sangat. Perlu konsisten saja dan teruskan amalkan sekalipun masalah dah selesai.

Dengan betulkan masalah di situ, anda akan dapat legakan sengal pada pinggang, pada pinggul, pada peha bawah dan seterusnya pada kaki di bahagian bawah. Ia berkait disebabkan masalah memang berpunca dari situ.

Bila anda baring atas Lumbar Support tu, sekurang setiap hari selama 10 minit, sedikit demi sedikit masalahnya selesai dengan amat lega sekali. Boleh beli dan cuba amalkan. Bukan mahalpun. Sekali beli saja dah boleh digunakan bertahun-tahun satu keluarga suami isteri dan ibu ayah sekali.

Beli Lumbar Support dengan tekan pada pautan di sini.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Sakit pinggang bawah, lenguh urat punggung & kaki - Akhirnya alat ni juga yang berkesan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !