Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

01 February 2024

Adakah anda sering sibuk untuk hidup atau sibuk untuk mati - Mana yang betul

  Ano Nyme       01 February 2024


Mana satu daripada 2 keadaan berikut di bawah yang akan anda pilih.

  • Ada kerja perlu dibuat - Sibuk dengan aktiviti samada kerja, belajar, tolong orang, berkebun, dipaksa bekerja, terpaksa bekerja dan lain-lain seumpamanya.
  • Tak ada kerja nak buat - Lansung tak ada benda nak dibuat. Duduk saja di rumah tak buat apa-apa aktiviti.

Bagi yang pernah merasakan betapa gundahnya hati duduk saja tak buat apa-apa di rumah tentu faham dan tahu ke mana nak saya bawa rumusannya.

Kalau tak hadam betul-betul, anda akan buat pilihan kedua. Selalunya, orang sangka duduk nga-nga goyang telur dalam rumah sangat menyeronokkan dan jadi idaman kalbu.

Orang sibuk lebih bahagia

Menurut kajian, mereka yang sibuk, sentiasa ada kerja nak buat didapati lebih bahagia kehidupannya berbanding mereka yang tak buat apa-apa dan tak ada kerja nak buat.

Kajian juga mendapati, sekalipun anda sibuk dengan kerja yang orang lain suruh buat, atau kena paksa sekalipun, anda tetap merasa lebih bahagia berbanding mereka yang duduk saja tak buat apa-apa.

Mungkin masa penat tengah buat kerja tu anda rasa teringin untuk dapat duduk saja tak buat apa-apa. Kemudian teruskan juga buat kerja berikan tumpuan dan akhirnya kerja selesai. Lalu bergerak selesaikan urusan lain pula dan begitulah seterusnya.

Walupun penat, rasa terpaksa dan sebagainya, anda tetap jadi seorang yang puas dan bahagia berbanding mereka yang duduk saja. Tak percaya pergi tanya kaawan-kawan yang saban hari asyik goyang telur tak buat apa, tentu dia akan mengiyakannya.

Sibuk untuk hidup

Ada satu pandangan menarik saya dengar dari seorang mat saleh bernama Martin Butler di TikTok yang menjawab soalan tentang apa tujuan hidup.

Menurut Mat Saleh itu, secara asasnya hanya ada 2 tujuan hidup sebaik saja anda di lahirkan di dunia ini, yang akan berlaku secara semula jadi.

  1. Teruskan kehidupan - Dalam perkataan lain disebut kelansungan hidup atau survival.
  2. Berkembang biak - Atau dalam erti mudahnya adalah untuk mencari pasangan kemudian melahirkan zuriat.

Selepas di lahirkan, ketika kecil, anda dijaga oleh ibubapa, diasuh supaya mampu berdikari sehinggalah anda dewasa dan sudah bersedia untuk ambil tanggung jawab terhadap kelansungan hidup anda sendiri.

Sejak itu anda mula sibuk untuk pastikan terus hidup.

Bila bab kelansungan hidup sudah dicapai, anda mula beralih pula kepada tujuan ke-2, melahirkan zuriat keturunan. Anda mula cari pasangan dan mendirikan rumah tangga dan akhirnya dikurniakan anak-anak.

Bila dah ada anak, anda perlu berikan tumpuan untuk besarkan mereka, pastikan mereka hidup dan anda ajar mereka supaya dapat teruskan kehidupan yang baik, membesar dan berkahwin. 

Secara ringkasnya anda mengajar agar mereka dapat tunaikan dua perkara yang sama di atas tadi iaitu, 1. Teruskan hidup dan 2. Berkembang biak.

Da begitulah berulang-ulang. Dan semua itu berlaku secara semula jadi sehingga anda akan rasa risau dan serba salah kalau duduk saja tak buat apa-apa kerja.

Sibuk untuk mati

Kalau sibuk untuk hidup di atas tadi berlaku secara semula jadi, sibuk untuk mati pula adalah perkara yang anda perlu berikan tumpuan secara sedar.

Maksud saya, anda tak perlu sedar sangat untuk bangun cari makanan bila lapar. Tak perlu sedar juga untuk mencari tempat lepaskan nafsu setiap kali ia naik membuak-buak. 

Kedua-dua perkara itu sudah pasti sentiasa wujud sebab memang begitulah kejadiannya manusia di reka agar mampu mencapai kedua-dua matlamat yang saya sebutkan di tas tadi, iaitu, 1. terus hidup dan 2. membiak.

Jika sifat semula jadi itu dibiarkan begitu saja, manusia akan jadi kacau bilau. Untuk hidup, akan ada yang mencuri, merompak. Untuk lepaskan nafsu pula akan ada yang berzina, merogol dan sebagainya.

Maka manusia perlu sedar bahawa mereka hanya hidup sementara sahaja di dunia ini. Itu adalah satu perkara pasti yang semua orang dapat lihat. Soalan utama yang timbul dari situ adalah apa yang berlaku selepas mati?

Tiada seorang pun dapat kongsikan kepada manusia yang masih hidup apa yang berlaku selepas mati, sebab belum pernah lagi berlaku ada orang yang kembali ke dunia ini selepas mati.

Anda hanya boleh bayangkan 2 perkara saja yang akan berlaku selepas mati.

  1. Semuanya berakhir.
  2. Ada sambungan kehidupan baru

Jika anda seorang yang teraniaya, barang dan harta dirompak penjahat yang berjaya melepaskan dirinya tanpa sebarang hukuman. Penjahat jadi ketua pula dan terus menerus menganiayai anda sampai mati, maka idea selepas mati semuanya berakhir sudah pasti sangat mengecewakan.

Jika anda seorang yang sangat baik, bantu orang lain untuk hidup, tak pernah pula ambil hak orang lain dan sebagainya, dan tiada siapa hargai segala usaha anda itu sampai mati. Sudah pasti anda harapkan apa yang anda dah buat itu tidak habis begitu saja jadi sia-sia selepas anda mati. Kalau tak, lebih elok anda hanya pentingkan diri sendiri sahaja.

Satu-satunya orang yang berharap agar selepas mati semuanya berakhir begitu saja adalah dia yang hidup tidak berusaha lansung, tidak pernah buat baik, semua keperluannya di sediakan dan dibantu oleh semua orang lain.

Orang itu juga selepas dibantu bukan saja tak berterima kasih, malah buat jahat pada semua orang yang membantunya, melepaskan nafsu sesuka hati dan seribu satu lagi kejahatan tak ada sedikitpun balasan yang menimpa dirinya sewaktu hidup.

Bayangkan berapa ramai orang yang menjadi mangsa orang yang saya sebut di atas tu, yang tak boleh terima selepas mati semuanya habis begitu saja.

Sebab itu Tuhan utuskan Rasul kepada setiap umat dari dulu sampai sekarang untuk beritahu bahawa pertamanya, manusia dan seluruh alam ini dijadikan oleh Tuhan, kedua, semua manusia akan dihimpunkan satu masa nanti di akhirat kelak untuk bertemu dengan Tuhan untuk diberikan balasan terhadap segala pernbuatannya selama hidup di dunia.

Untuk pastikan anda selamat di akhirat nanti, maka sila tunaikan tanggung jawab anda dengan baik selama hidup di dunia ini. Sila sibukkan diri anda untuk mati sebab selepas mati, itulah kehidupan sebenar akan bermula.

Hanya dengan sibukkan diri anda untuk mati sahaja akan memberi kehidupan yang selamat dalam usaha anda melayan dorongan semula jadi kehidupan ini, iaitu 1. Kelansungan Hidup, 2 Berkembang Biak. 

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Adakah anda sering sibuk untuk hidup atau sibuk untuk mati - Mana yang betul

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !