Baru-baru layan video di tiktok, datang satu paparan menyentuh isu hak istimewa orang Melayu. Hak tersebut menjadikan orang cina seperti anak tiri di tanah air mereka sendiri. Lalu mengundang rasa tak puas hati orang Cina terhadap orang Melayu.
Sebenarnya, itu isu lama yang masih tak pernah habis dibahaskan. Kalau kuah kari, sudah berkali-kali kena perangat, tambah air kasi cair kemudian perangat lagi dan lagi. Kuah perangat ni, selagi tak basi, memang sedap dimakan dengan nasi panas atau cicah roti benggali.
Masing-masing punya pandangan yang tersendiri bergantung kepada di mana kedudukannya. Ada yang dapat faedah dari wujudnya hak istimewa itu dan sudah tentu ada yang dapat kesan tak baik darinya.
Dari segi bangsa, Melayu dapat faedah dan Cina tak dapat apa-apa. Malah orang cina akan rasa lebih rugi apabila kerajaan ambil duit dari orang Cina dalam bentuk cukai, kerana orang cina paling ramai bayar cukai berbanding Melayu, dan berikan duit itu kepada orang Melayu.
Sebelum tengok siapa yang dapat faedah dari polisi hak istimewa orang Melayu, ada satu komen menarik yang saya baca.
Dia kata lebih kurang begini; orang cina tak bersyukur dan tidak tahu berterima kasih kepada orang Melayu yang sudi memberikan kerakyatan kepada mereka yang sebelum itu hanya pendatang. Ia seolah-olah menggigit tangan orang yang memberinya makan.
Melayu beri kerakyatan pada Cina
Yang tulis komen itu sudah tentu melayu, dari namanya saya andaikan dia Melayu. Lagipun dia kritik orang cina yang tak reti berterima kasih pada bangsa yang membantunya.
Saya berfikir sejenak pada andaian tersebut. Timbul tanda tanya samada, betul ke orang Melayu yang memberi izin kepada orang Cina untuk jadi rakyat Malaya ketika itu?
Saya merasakan komen itu sama seperti mahukan orang British berterima kasih kepada orang Melayu yang sudi membenarkan mereka menguruskan tanah melayu, belasah habis semua hasil bumi tanah melayu dan bawa ke England untuk kepentingan negara dan rakyat mereka sendiri, di mana melayu adalah sebahagian darinya.
Kalau dilihat dari segi sejarah dan perundangan British, memang orang di tanah melayu dianggap sebagai rakyat kepada kerajaan British.
Apakah orang Melayu punya pilihan lain seperti menolak orang cina dari diberi hak kerakyatan. Jika ada, siapakah individu yang boleh dikaitkan dengan usaha menentang usaha tersebut dan apa jadi padanya?
Jawapan itu juga ada direkodkan dalam sejarah di mana pergerakan orang melayu kepada politik sudah mula berputik dengan tertubuhnya pertubuhan berunsurkan politik seperti KMM pada tahun 1938, pertubuhan yang paling awal saya rasa mendahului UMNO.
KMM kemudiannya berubah menjadi PKMM pada tahun 1945. Mereka lebih cenderung kepada pergerakan berhaluan kiri yang dikatakan punya idea untuk gabungkan Tanah Melayu dengan Indonesia.
Lepas itu tertubuh pula Hizbul Muslimin pada tahun 1948 yang berubah jadi PAS pada tahun 1951. Mereka memperjuangkan doktrin keagamaan dengan para pemimpinnya terdiri dari puak kaum muda dalam aliran agama ketika itu yang bertentangan dari aliran popular di negara kita Kaum Tua.
Kemudian kumpulan ke-3 yang ditubuhkan untuk perjuangkan politik adalah UMNO. Ditubuhkan pada tahun 1946. Mula menunjukkan taringnya apabila menentang Malayan Union dan berjaya sedangkan semua raja-raja dan turunkan persetujuan mereka untuk Malayan Union di bawah satu bumbung untuk tadbir Tanah Melayu.
Malayan Union juga dah rangka syarat bagaimana nak mohon jadi warganegara Malayan Union yang agak longgar. Dikatakan UMNO menentang Malayan Union ni sebab raja-raja hilang kuasa dan kewarganegaraan dipermudahkan.
British ni punya otak licik memang tak boleh nak lawan. Sekalipun ada semua parti politik yang saya sebut di atas tadi, orang yang berkuasa sebagai kerajaan ketika itu adalah British. Kerajaan ketika itu terang-terang umumkan bahawa mereka pro-Melayu. Saya rasa orang bodoh pun dapat cium bahawa kenyataan Pro-Melayu itu sekadar mainan politik ambil hati Melayu untuk kekalkan kuasa orang putih di Tanah Melayu masa tu.
Adakah orang cina ketika itu anggap Tanah melayu sebagai negara mereka?
Saya yakin tidak sama sekali. Mereka adalah kaum pekerja yang orang putih bawa masuk dari negara China. Sama dengan kaum India yang orang putih bawa masuk dari negara India. Cina yang datang ke Malaya ketika itu samada jadi hamba, buruh atau bebas sebagai taukeh. India pula diambil sebagai buruh dan jadi pegawai dalam urusan pentadbiran kerajaan.
Melayu duduk kampung dan kekal taat kepada Raja dan pemimpin mereka dari dulu. Bab politik semua diserahkan bulat-bulat kepada rajanya. Rajanya pula serah semua urusan kepada British ikut suka nak buat apa asalkan mereka diberi habuan untuk hidup senang. Macam itulah keadaannya.
Sekali lalu, Cina kemudian dapat kewarganegaraan di sini adalah susun atur yang cantik dan licik oleh orang British yang masih ada kepentingan ketika itu dan tak mahu negara tempat mereka perah segala kekayaan rosak dan seterusnya memberi kesan kepada ekonomi mereka. Itu saja.
Saya rumuskan, Melayu tak payah nak mendabik dada kononnya mereka telah sudi berkorban untuk berikan kerakyatan kepada orang Cina. Jadi orang cina patut berterima kasih pada Melayu. Yang betulnya, orang Cina perlu berterima kasih pada British sebab bawa masuk mereka dari China dan diberi peluang bina hidup dan kekayaan di Malaya.
Kerjasama semua menang
Nak ungkit yang Malaya asalnya tanah Melayu,orang Melayu punya dan bla bla bla sebenarnya tidak memberikan apa-apa faedah kepada orang Melayu itu sendiri. Semuanya sudah berlalu, dah terlewat dan Melayu tetap ketinggalan dalam semua segi terutamanya dari segi ekonomi.
Ya Melayu masih ada kuasa di pegang oleh raja-raja. Itu secara formaliti saja. Raja atau PM atau Kabinet atau kitchen kabinet naik duduk atas dalam dunia sekarang ini dibantu oleh kuasa ekonomi. Siapa pegang kekayaan, dia jadi raja.
Semua orang baik Melayu,Cina, India atau Kadazan atau apa saja perlu akur bahawa untuk majukan negara semua orang di sini, iaitu Malaysia, pengurusan perlu berpaksikan atas dasar merit. Kalau kamu bagus, maka kamu ambil kerja tu dan lakukan yang terbaik untuk semua orang.
Jika ada bangsa atau suku yang tercicir, semua orang kena turut sama membantu dan berikan tongkat istimewa sehingga mereka mampu berdikari kemudian ambil balik tongkat tu. Jangan sampai ada orang gunakan alasan itu hak mereka dan bantuan terus diberikan sedangkan yang dapat faedah darinya adalah segelintir kecil individu saja.
Ini negara siapa, Melayu punya atau Cina punya tak sepatutnya masih jadi pertengkaran secara terbuka di negara kita setelah dah begitu lama kononnya merdeka.
Oklah itu saja .. tak perlu cakap banyak-banyak sebab benda ni dah ramai yang cakap.
Jangan termakan mudah istilah "merit"...
ReplyDeleteMerit is being done behind 'closed-doors' ie it was done without genuine transparency...
Contoh di Singapura sekitar 60-70an sekolah tinggi peperiksaan GCE-General Certicate of Education 'A' atau 'O' level dari pengalaman sendiri begitu ramai anak melayu lulus cemerlang aggregate yang baik tapi kebanyakan English 'di-matikan' dengan Grade E atau F walaupun petah dan pembacaan melayu jauh lebih baik dari masyarakat cina...I've seen it first-hand in my cohort and my years.
Hence a lot of us missed out going to polytechnic or university whilst chinese dengan pelat dan penguasaan bahasa Inggeris lemah lepas ke poly dan uni.
Cutting story short myself as example berhijrah dan mencari rezeki dengan ilmu yang kita timba boleh diterima bertugas di Australia, Jepun, Canada dan Europe(dekat 4 dekad) namun masih di anak-tirikan di Singapura...
Pengalaman menerima kerja di Singapura setelah berpuluh tahun di luar negara, orang cina Malaysia lebih mendapat jawatan dan tempat lebih baik dari anak melayu kelahiran Singapura waimah ijazah mereka dianggap tidak berprestige seperti Degree in Linguistic dan sebagai nya sedang ijazah luar negara anak melayu lebih bersifat professional seperti Engineering dan Accounting.
Cina yang baik dan berperikemanusiaan seperti Khoo Kay dan Ridwan Tee adalah segelintir namun lebih dan masih ramai yang rakus nya without boundary...saya lihat sendiri di Australia, England dan Canada keadaan masyarakat cina sebegini tidak semua tetapi merangkum kebanyakan nya!
Rasanya perlu dibezakan antara kelemahan sistem berbanding kelemahan manusia. Betulkan sistem terlebih dahulu kemudian kelemahan/kesilapan manusia lebih mudah dikenal pasti.
Delete