Ada sekali, saya pergi makan kenduri ke rumah seorang usahawan wanita yang terkenal (Dia telah kembali ke rahmatullah, moga rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman).
Saya pergi temankan seorang kawan rapat yang merupakan kenalan kepada usahawan wanita itu. Kawan saya itu diberi wakil untuk ajak sekali kawan-kawannya yang lain, maka kawan saya diajak.
Kami sampai ke rumah kenduri dan disambut oleh usahawanita itu. Saya diperkenalkan secara ringkas kepada tuan rumah. Dia tertarik nak tahu lanjut apabila mendengar yang saya juga seorang usahawan.
"Buat bisnes apa?", tanya usahawanita itu pada saya.
Lalu saya jawab, "saya saya buat bisnes tangkap biawak!"
Terkejut dia dengar saya kerja tangkap biawak.
"Tangkap biawak!, ada ka bisnes macam tu?" tanyanya dengan penuh minat.
"Ya! memang ada. Itu salah satu dari kerja saya dalam bisnes perkhidmatan kawalan serangga dan makhluk perosak", terang saya dengan lebih jelas.
Bila dengar itu, barulah dia senyum dan anggukkan kepala. Rupa-rupanya saya buat bisnes pest control.
Khidmat kawalan serangga
Bisnes pest control lebih mudah orang faham sebab itulah yang biasa disebut mereka yang biasa menggunakan perkhidmatan itu.
Dalam Bahasa Melayu, di sebut 'perkhidmatan kawalan serangga dan makhluk perosak'. Ia agak panjang sampai 6 perkataan.
Pest Control yang ada hanya 2 perkataan adalah jauh lebih ringkas dan pantas. Maka kebanyakan orang lebih selesa panggil khidmat pest control.
Dalam banyak-banyak perkhidmatan yang syarikat pest control tawarkan, khidmat yang paling popular di ambil oleh orang bandar yang tinggal samada di rumah teres atau banglo adalah pakej General Pest Control.
Ia merupakan satu pakej perkhidmatan selama setahun yang dibuat secara berkala sebulan atau 2 bulan sekali untuk menghapuskan masalah lipas, semut dan tikus.
Khidmat pest control luas
Sebenarnya, ruang lingkup industri pest control ini adalah lebih luas lagi. Ia merangkumi apa saja serangga dan makhluk perosak yang menimbulkan masalah kepada penduduk terutamanya yang tinggal di kawasan bandar.
Ia termasuklah biawak, ular, burung, kelawar, anjing, moyet, kucing dan lain-lain lagi.
Hanya pelanggan dari kalangan organisasi atau perniagaan sahaja yang biasa menggunakan khidmat pest control yang lebih lebih menyeluruh berbanding pelanggan dari kalangan pemilik rumah persendirian.
Tawaran Istimewa Lembah Klang
Jika anda menghadapi masalah lipas, semut dan tikus di premis penginapan sekarang dan mahukan khidmat kawalan serangga dan makhluk perosak yang boleh dipercayai, ini ada tawaran istimewa khas untuk anda penduduk di sekitar Lembah Kelang.
Sila berhubung dengan syarikat Easelife Services Sdn Bhd, sebuah syarikat Pest Control berlesen dan berpengalaman sejak tahun 1998 dan merupakan ahli kepada persatuan pest control Malaysia. Ada tawaran istimewa harga yang istimewa.
Hubungi Athirah di nombor 010-234 2542 untuk maklumat lanjut.
Kelebihan Easelife Services
Ada beberapa kelebihan utama syarikat Easelife Services Sdn Bhd ini selain daripada punya pengalaman yang dah lama dalam industri kawalan serangga. Berkut antara kelebihan mereka.
- Kepuasan pelanggan - 99% dari para pelanggan berpuas hati dengan segala khidmat yang telah diberikan selama ini. Jika disebabkan masalah tertentu dan pelanggan rasa tak puas hati, syarikat akan pulangkan kembali semua duit supaya pelanggan.
- Berkesan dan selamat - Masalah serangga dan makhluk perosak akan dihapuskan dari rumah anda dengan cara yang berkesan dan keselamatan adalah menjadi keutamaan syarikat. Insyaallah rumah anda menjadi nyaman dan bebas dari gangguang lipas, semut dan tikus
- Jaminan setahun - Anda akan diberikan jaminan selama 1 tahun bermula dari kali pertama servis di jalankan. Kalau ada masalah berbangkit, syarikat akan sentiasa bersedia untuk membantu anda diluar dari servis rutin bulanan yang diberikan oleh syarikat seperti mana dalam kontrak. Ya la, kan kontrak setahun.
- Harga terendah - Paling istimewa adalah harga yang anda perlu bayar hanyalah serendah RM540 sahaja untuk 6 kali servis selama satu tahun. Boleh dikurangkan lagi dengan pengambilan khidmat secara kumpulan kejiranan.
Segera bertindak hubungi Easelife Services
Tawaran yang tersebut di atas adalah khas untuk pelanggan di sekitar Lembah Kelang sahaja terutamanya di sekitar Shah Alam, Subang Jaya dan Petaling Jaya.
Jika anda memang dah biasa menggunakan khidmat kawalan lipas, semut dan tikus ini, segeralah berhubung dengan Easelife Services Sdn Bhd untuk membuat tepahan dengan kami bagi mendapatkan tawaran paling istimewa tambahan khas untuk 50 orang pemanggil pertama.
50 pemanggil pertama akan diberikan khidmat 1 servis percuma sebaik saja mereka mengambil khidmat yang ditawarkan oleh syarikat. Ertinya anda akan mendapat extra servis berbanding jumlah biasa yang selama ini anda dapat dari syarikat kawalan serangga yang lain.
Segera bertindak dan jadi 50 pemanggil pertama dengan menghubungi nombor berikut:
Athirah - 010 - 234 2542
Shubhi - 019 - 226 0807
Sila sebut "Tawaran dari blog Jasduit" untuk mendapat tawaran tambahan 50 peanggil awal di atas itu.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !