Saya kenal seorang kawan yang dah bekerja lebih 8 tahun di salah sebuah syarikat utama di negara kita sebelum kejutan Covid-19 melanda. Disebabkan enggan ikut arahan untuk ambil suntikan vaksin, dia diberikan 2 pilihan muktamad. Samada cucuk vaksin atau letak jawatan.
Dia pilih letak jawatan, kemas semua barang dan balik kampung. Di kampung dia teruskan hidup sara keperluan harian dengan buat apa saja kerja kasar yang mampu berikan duit untuk makan. Ambil upah kerja buruh di kebun, petik buah dan sebagainya yang tidak ada kekangan perlu tunjuk sijil vaksin.
Kolot sebab tolak vaksin
Ketika itu, dia dilihat oleh semua orang sebagai kolot, tidak normal, berfikiran tak waras dan lain-lain lagi yang seumpama dengannya. Ada segelintir kumpulan minoriti yang enggan ikut arahan cucuk vaksin. Berbagai teori konspirasi muncul dan memang ada yang sangat yakin semua kisah Covid-19 adalah agenda untuk hapuskan dan kurangkan jumlah manusia di muka bumi.
Ada kumpulan atau pengikut beberapa tok-tok guru agama terkenal yang turut enggan diri mereka di cucuk. Mereka tak ambil peduli arahan kerajaan yang selain dari mewajibkan vaksin, keseluruhan sistem kehidupan dikawal untuk berikan tekanan supaya rakyat ambil vaksin kalau nak hidup mudah.
Majoriti patuh arahan
Saya termasuk dalam kumpulan majoriti besar masyarakat yang letakkan 100% kepercayaan kepada para pemimpin. Percaya juga kepada para pegawai dan doktor yang diberi tanggung jawab untuk menguruskan bab kesihatan rakyat.
Para pemimpin negara, juga pegawai dan doktor tersebut di atas, letakkan kepercayaan 100% kepada institusi antarabangsa seperti WHO dan sebagainya dalam membuat keputusan apa yang baik untuk manusia keseluruhannya di atas muka bumi ini.
Walaupun sentiasa mendapat maklumat dari kawan-kawan yang masih sangsi dengan semua kejadian terkejut Covid-19, saya sentiasa bisik kepada diri sendiri untuk lebih mempercayai kerajaan, percaya doktor, percaya Ketua Pengarah KKM dan lain-lain lagi untuk membuat keputusan yang terbaik berdasarkan apa yang mereka pakar.
Bersangka baik pada sistem
Saya juga yakin pihak WHO serius nak jaga manusia di muka bumi. Mereka amat prihatin terhadap kebajikan spesis manusia. Takkan sengaja berkomplot untuk jadikan keadaan dunia huru hara. Itulah yang saya sangkakan.
Berdasarkan semua maklumat yang mereka bentangkan, saya buat carian sendiri semua laporan dalam dan luar negara. Baca juga laporan alternatif yang bertentangan, laporan pihak yang cuba buktikan bahawa respon terhadap Covid-19 adalah keterlaluan dan tidak diperlukan, atau dalam BI disebut 'uncalled for'.
Serangan terhadap mereka yang menolak tindakan majoriti negara yang patuh arahan pihak atas dunia nampak sangat tersusun. Setiap kali saya lihat hujah bersama data yang dibentangkan oleh mereka yang menentang arus, saya mula nak percaya pada mereka, tetapi akan ada saja kenyataan dan laporan balas yang cuba membuktikan mereka salah.
Akhirnya saya buat keputusan untuk percaya dan terima.
Lagipun, kerja saya memerlukan sijil Covid-19, nak travel naik kapal terbang, nak masuk duduk hotel, nak masuk kilang, jumpa pelanggan dan lain-lain lagi perlu ada sijil vaksin. Mereka gunakan sistem yang ada secara total untuk pastikan anda ikut arahan atau anda terpaksa hidup sengsara. Saya ambil vaksin AstraZeneca, dos 1 dos 2, dos tambahan 1 dan selepas itu saya stop tak mau ambil apa-apa lagi.
Sekarang baru saya nampak betapa kejamnya sistem dunia yang ada sekarang secara halus jadikan manusia seperti ayam ternakan mereka yang berkuasa di atas. Jika anda rakyat biasa, tak ada pilihan melainkan taat kepada yang berkuasa.
Vaksin memang ada masalah
Semua sudah terlewat sekarang dan dalam badan saya sudah ada bahan asing yang dikatakan boleh jadikan darah anda bergumpal. Ia juga boleh jadikan tahap platelet darah anda menurun dan mampu juga mengakibatkan buah pinggang anda bergumpal. Tak semua akan dapat masalah itu tapi ia memang diakui boleh berlaku.
Adakan AstraZeneca boleh ubah genetik atau DNA anda?
Berdasarkan maklumat, mereka menolak kemungkinan itu berlaku. Tiada apa-apa perubahan pada DNA orang yang ambil vaksin tersebut. Itu yang mereka kata, samada nak percaya atau tidak, saya sepertimana kebanyakan manusia lain tak boleh nak buat apa-apa pun. Malah tak faham pun apa yang berlaku, apa ada pada vaksin tersebut dan bagaimana ia berfungsi secara jangka pendek, sederhana dan panjang, tak mampu untuk dibuat perkiraan.
Jika kesan jangka panjang bakal berlaku pada keturunan saya, dua atau tiga atau empat keturunan lagi, saya tak dapat buat apa-apa, saya hanya mampu mohon maaf pada cucu dan cicit kerana berikan kepercayaan pada sistem jahat yang sudah berkuasa mencengkam semua manusia di seluruh dunia. Hanya mereka yang amat-amat kukuh kebergantungan nya kepada Tuhan saja yang mampu lepaskan diri mereka dari cengkaman jahat yang ada sekarang.
Kesan tak ambil vaksin
Apa berlaku pada kawan saya yang degil tolak dari biarkan tubuh badannya dicucuk untuk masukkan vaksin?
Tak jadi apa-apa. Dia tak kena covid pun, sampai sekarang dia sihat wal afiat seperti biasa. Dah dapat kerja balik dengan syarikat korporat. Tak ada orang ambil peduli samada anda sudah dicucuk vaksin atau tidak. Malah banyak syarikat berebut untuk ambil dia kerja atas pengalamannya yang lalu yang sekarang sangat bernilai.
Antara dia dan saya, nampaknya dia lebih beruntung sebab tak perlu fikir samada DNA nya sudah berubah atau tidak. Tak perlu risau anak cucunya nanti akan berubah jadi pelik, jadi zombi atau sebagainya, sebab tak ada apa-apa vaksin yang disuntik masuki ke dalam badannya.
Ada kawan-kawan yang sedapkan hati berikan hujah yang vaksin dan banyak masuk ke dalam badan kita sejak kanak-kanak dulu dan sampai sekarang tak ada apa-apa masalah. Betul juga hujah itu.
Tapi vaksin yang kita dah ambil masa zaman sekolah dulu dikaji dalam tempoh masa yang lama berbanding semua vaksin segera yang sangat pantas dicipta untuk kes covid ni. Kesan jangka panjangnya secara real tidak dapat dipastikan. Tunggu dan lihat saja apa akan berlaku.
Dilihat dari semua segi, ternyata kawan saya yang langsung tak ambil vaksin adalah lebih beruntung dan bijak. Memang saya kagum daya ketahanannya melawan arus menentang majoriti manusia lain. Itu satu perkara besar yang saya cemburu.
Terfikir juga saya tahap keimanan, tahap kecerdikan, tahap ketahanan saya dan sebagainya dalam menyerahkan diri hanya pada Tuhan. Moga kealpaan dan kelemahan saya diampunkanNya.
Dekatkan diri pada Tuhan
Dalam zaman sekarang, bertambah lagi di zaman yang mendatang, tak ada sesiapa yang anda boleh percaya selain dari Tuhan. Dia yang sesatkan, Dia juga yang bimbing anda ke jalan yang lurus. Bukan Tok Guru, bukan Mursyidul Am Pas, bukan ketua pesantren, bukan Ameer Sahab, bukan bukan, hanya Dia.
Untuk selamat, usaha mendekatkan diri padaNya adalah sangat getir wajib dilakukan secara serius. Perlu lebih serius dari usaha anda cari duit dan bina kekayaan. Ia perlu dimulakan dengan usaha membersihkan pemikiran, terangkan pemikiran biar cerdas, jelas dan bercahaya.
Hanya fikiran yang cerdas dan jelas sahaja dapat membuatkan anda berfikir dengan tajam. Ia dapat membantu anda kuat jiwa untuk menahan segala dugaan.
Semua itu bukan mudah untuk dilakukan. Anda sendiri tahu betapa kegiatan sistem dalam merosakkan jiwa manusia adalah sangat luar biasa berlaku di zaman moden ini. Jiwa manusia dirosakkan oleh hiburan, porno, makanan, ubat-ubatan, kemajuan, perlumbaan, perbandingan, kemewahan, kesenangan, dan seribu satu racun lagi yang bergerak di segenap penjuru kehidupan setiap detik.
Moga Tuhan selamatkan aku ...
Saya ada baca laporan tentang kanser sekarang bukan macam dulu-dulu....naik ke stage 3 dan 4 terus...
ReplyDeletesaya pun kena vaksin dan berserah saja kepada Allah SWT kerana Dia sahaja boleh beri manfaat atau mudharat...vaksin alsebab saja...orang merokok pun belum tentu cepat mati walaupun risiko lebih tinggi
Selalu juga dengar cerita kanser, serangan jantung dan lain-lain. Tapi yang berwajid semua nafikan itu .. entah la. Betul tu, kita berserah pada Allah pada urusan yg di luar kawalan kita.
Delete