Saya ada tulis artikel berkenaan punca utama yang membuatkan anda rasa risau dan takut di artikel sini. Boleh baca artikel tu terlebih dahulu untuk faham kenapa ia berlaku dan bagaimana menghadapinya.
Saya kongsikan beberapa fakta menarik berkenaan risau dan takut. Diharap dengan maklumat ini anda akan fikirkan semula samada perasaan takut yang selama ini menghantui anda adalah berlebihan atau tidak. Kalau boleh elok lepaskan kerisauan tersebut dengan berusaha tutup ketirisan yang anda fikirkan perlu dan selebihnya bertawakkal saja.
Fakta risau dan takut
Ini adalah hasil dari kajian yang telah dijalankan oleh University of Michigan berkenaan takut.
Katakan ada 100 perkara yang membuat hidup anda jadi tak kerisauan sebab asyik timbul rasa risau dan mencetuskan ketakutan.
Dari 100 kerisauan itu, kajian mendapati 60 darinya langsung tidak diperlukan. Ada baki lagi 40 kerisauan dan lihat apa sebenarnya yang berlaku pada baki 40 itu.
Dari baki 40 itu, 20 darinya hanya berkisar pada perkara yang telah pun berlalu. Sedangkan anda sendiri tahu yang perkara itu langsung tidak dapat mengubah apa-apa. Perasaan risau, tertekan dan takut itu tidak dapat ubah apa yang dah terjadi, malah hanya menyusahkan hidup saja. Ia seumpama seorang yang sudah jatuh masuk ke dalam lubang, lalu korek lubang itu jadi lebih dalam.
Sekarang tinggal lagi 20.
Dari 20 kerisauan itu pula, 10 darinya berkisar pada perkara remeh-temeh sahaja. Samada terjadi atau tidak, ia tidak akan memberikan apa-apa kesan atau perubahan dalam kehidupan anda.
Sekarang hanya tinggal 10 lagi baki kerisauan yang mana hanya 5 sahaja darinya boleh diambil kira sebagai kerisauan yang punya alasan untuk ditakutkan.
Jadi, rumusan dari fakta tersebut di atas, ternyata bahawa 95% daripada ketakutan yang menghantui kehidupan anda selama ini, langsung tidak berbaloi, hanya membuang masa dan membazirkan peluh sejuk di dahi sahaja.
Cerita risau yang tak berbaloi
Cuba baca cerita di bawah ni.
Pada suatu malam, seorang isteri tiba-tiba terloncat dari katil. Dia terus kejutkan suaminya yang sedang nyenyak.
“Abang!, bangun!, Ada pencuri di bawah lekas pergi tengok!”. Bisik si isteri perlahan kepada suaminya.
Suaminya dengan malas bangun perlahan-lahan dan turun ke tingkat bawah rumah mereka.
Sebaik saja sampai, samar-sama kelihatan muncung pistol siap dihalakan ke arah mukanya.
"Lekas!, Berikan semua barang berharga yang kamu ada!", Arah perompak yang dah masuk ke dalam rumha itu. Dia memakai sarung muka menutupi penuh kepala dan mukanya.
Tanpa tangguh, si suami ikut saja arahan perompak itu. Diberikan apa saja yang dia rasakan bernilai kepada si perompak. Dia masukkan semua yang ada di dalam begnya satu persatu.
Setelah selesai memasukkan semua barang yang dia mahu sehingga penuh beg, perompak itu segera bergegas mahu melarikan diri.
Tiba-tiba, si suami berkata, “Nanti!, tunggu dulu!, sebelum pergi, saya mohon kamu naik ke atas sebentar untuk bertemu dengan isteri saya. Sudah lebih 30 tahun dia menanti kemunculan kamu masuk merompak ke dalam rumah ini"
Ini buku yang anda boleh baca untuk motivasi dan panduan hidup yang bermakna dan berjaya. Your Road Map For Success
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !