Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

18 August 2024

Mana lebih baik - Hidup cara primitif orang dahulu kala atau hidup cara moden seperti sekarang

  Anonyme       18 August 2024


Salah satu dari perkara yang menarik minat saintis adalah perkembangan kemajuan manusia. Tujuan perkara itu di kaji tidak lain tidak bukan untuk membuka rahsia pencapaian di setiap tamadun dalam sejarah agar ia dapat dipelajari dan diadaptasi.

Bagi saya itu tujuan sejarah dipelajari. Melihat di belakang untuk bergerak ke depan dengan lebih baik. Mana yang baik diambil dan mana yang buruk dielak. Ia perlu dilakukan oleh setiap individu yang mahu berjaya. Begitu juga dilakukan oleh setiap masyarakat yang hendak maju.

Satu fakta menarik yang saya jumpa tentang kemajuan manusia adalah, 99% daripada kemajuan teknologi manusia, dicapai dalam tempoh terakhir 10 ribu tahun yang lalu. Sedangkan manusia dikatakan sudah wujud sejak jutaan tahun.

Soalannya ...

Kenapa setelah mengamalkan cara hidup yang sama, menggunakan peralatan asas yang sama, sejak ratusan ribu tahun, tiba-tiba pada satu titik bermula 10 ribu tahun lalu, semua kemajuan bergerak naik secara eksponen?

Lihat penggunaan senjata sebagai contoh. Selama ratusan ribu tahun lamanya Tok Nenek manusia berpuas hati hanya dengan tombak dan batu. Kemudian secara tiba-tiba semua itu berubah dengan pantas di mana tercetusnya rekaan pedang, tombak, anak panah dan lain-lain senjata yang tajam, ringan, kuat dan pantas dibuat dari besi. Kemudian era senjata api dan sekarang tak payah nak cakap lagi betapa hebatnya persenjataan manusia.

Semua itu berlaku hanya dalam tempoh 10 ribu tahun saja selepas berada dalam keadaan tepu dalam tempoh yang amat-amat lama.

Mula berubah 10 ribu tahun lalu

Dalam tulisannya, Jared Diamond, seorang saintis, ahli sejarah dan penulis merumuskan satu fakta yang kontroversi tapi sangat menarik. Katanya, satu-satu kesilapan paling besar yang manusia telah lakukan adalah di satu ketika, 10 ribu tahun yang lalu, apabila manusia mula meninggalkan amalan memburu dan mengutip makanan dari tumbuhan liar kepada pertanian dan penternakan. Boleh baca di rujukan sini.

Selama ratusan ribu tahun, manusia hidup dengan hanya mendapatkan bekalan makanan mereka dari alam sekitar sahaja. Bila lapar mereka keluar memburu, mengutip apa saja bahan makanan dari tumbuhan di hutan, kemudian makan bagi mengelakkan kelaparan tanpa membuat sebarang simpanan seperti manusia sekarang.

Tiada setor, tak ada peti ais tak ada bekas tong dan sebagainya. Manusia ketika itu hanya bekerja apabila lapar sedangkan manusia sekarang hanya bekerja selepas kenyang. Dalam erti kata lain, dulu orang kerja sebab nak makan. Sekarang orang makan sebab nak kerja. Terbalik 360 darjah.

Apakah perubahan itu baik atau buruk untuk manusia?

Selama ini amalan manusia yang hidup berpindah randah, makan secara memburu dan merayau dalam hutan dianggap kolot, kotor dan mundur. Kemudian manusia mula tinggal setempat, usahakan pertanian dan penternakan, bina penempatan dan jadi maju di anggap satu perubahan yang jadikan manusia hidup dengan lebih baik.

Jared Diamond membuat rumusan yang berbeza dari apa yang dilihat selama ini. Beliau anggap itu merupakan perubahan yang membawa bencana kepada manusia. Ini dibuktikan secara tidak langsung dengan melihat apa yang berlaku kepada sekumpulan kecil kaum asli yang masih hidup secara primitif di era abad ke 20-an ini.

Kaum Bushmen di Kalahari hidup dengan cara yang masih sama tanpa usahakan sebarang pertanian dan penternakan. Mereka cari makan di sekitar muka bumi di mana mereka tinggal dengan cara sama dari dulu sampai sekarang. Jumlah masa yang mereka habiskan untuk urusan cari makan dalam tempoh seminggu hanyasekitar 12 ke 19 jam sahaja. Selebihnya mereka hanya bersantai, dapat tidur dengan baik dan tak perlu kerja teruk seperti petani yang dilihat secara moden  kononnya sebagai manusia yang hidup dengan lebih baik berbanding kaum asli yang primitif. Itu bertentangan sama sekali jika anda tanya kepada kaum petani itu sendiri. 


Jika ada yang hidup lebih baik berbanding manusia primitif hanyalah segelintir yang sangat kecil iaitu kaum elite seperti pemerintah dan bangsawan sahaja. Majoriti besar manusia habiskan masa hidup mereka sampai mati jadi hamba kepada kerja yang semua kebaikannya pergi kepada kaum elite tersebut.

Kenapa ubah cara hidup

Banyak saintis rumuskan kemajuan manusia bermula sejak manusia ubah cara hidup dari memburu dan berpindah randah kepada penempatan setempat untuk usahakan pertanian dan penternakan. Tapi kenapa mereka ubah ke cara sedemikian dan kenapa bila berubah tiba-tiba kemajuan melonjak naik dengan luar biasa pantas masih jadi persoalan yang penting untuk dijawab.

Bagaimana manusia boleh mulakan pertanian. Adakah ia bermula dengan muncul satu idea pada seseorang kemudian dia popularkan idea tersebut?

Atau mungkin ia berlaku secara tidak sengaja.

Antara teori menarik ada di sebut oleh Yuval Noah Harari dalam bukunya Sapiens - A Brief History of Humankind. Beliau mengandaikan manusia telah terperangkap diperdaya oleh pokok gandum atau tumbuhan bijirin yang mereka makan itu sendiri.

Bila manusia primitif bergerak di satu tempat yang ada tumbuhan bijiran, mereka duduk di situ sebentar untuk habiskan makanan yang ada dari tumbuhan bijirin itu. Bila habis, mereka akan pindah ke tempat lain pula. 

Ketika potong dan ambil makanan tersebut, banyak bijirin yang tercampak tertanggal dari tangkainya jatuh ke bawah. Bila ditinggalkan tempat itu dalam tempoh yang mencukupi, bijirin yang tersebar tadi tumbuh dengan lebih banyak dari sebelum ini.

Bila sampai kali ke-2 nya di tempat yang sama, mereka akan tinggal lebih lama sebab sumber makanan dari bijirin itu jauh lebih banyak dari sebelum ini. Begitulah seterusnya hingga mereka akhirnya tinggal terus di situ dan usahakan ladang gandum.

Sambungan artikel di sini.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Mana lebih baik - Hidup cara primitif orang dahulu kala atau hidup cara moden seperti sekarang

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !