Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

01 August 2024

Patut la asyik nak kena langgar oleh kereta ketika jogging di jalan taman perumahan - Ini puncanya

  Ano Nyme       01 August 2024


Sambungan dari artikel yang sebelum ini berkenaan nyaris kena langgar dek kereta ketika sedang jogging di jalan raya taman perumahan. Saya kongsikan komen dari pembaca di bawah.

Tuan sepatutnya jogging di tempat yg sesuai. Contohnya di taman atau di padang. Kalau di tepi jalan saya sendiri akan salahkan orang yg berjogging sebab mereka dah menganggu laluan kenderaan.

Bila baca komen itu saya terkedu. Tidak faham cara si tuan punya komen itu berfikir. Bagaimana dia melihat semua jalan yang dibina pada setiap taman perumahan.

Jalan raya dalam taman

Jika anda pergi ke mana-mana taman perumahan di negara kita terutamanya di bandar, hanya ada 4 bahagian penting sahaja di dalam kawasan pembinaan tersebut. 

Pertamanya adalah bangunan-bangunan rumahnya, kedua adalah jalan tar dari depan pintu pagar setiap rumah merata ke seluruh bahagian taman perumahan tersebut. Ketiga adalah longkang dan saliran air dari setiap deretan bangunan rumah menuju ke longkang besar. Dan ke-4 adalah taman-taman tempat beriadah,

Jalan raya taman akan bersambung dengan jalan raya utama yang mana ia menyambungkan taman tersebut dengan taman-taman lainnya bersama pekan utama di sekitar taman perumahan tersebut.

Bagi kawasan penduduk untuk golongan pertengahan ke atas, taman riadah selalunya jauh lebih besar. Lengkap untuk penduduk bersenam, berjogging, bersantai dan lain-lain seumpamanya. Bagi taman perumahan golongan sederhana ke bawah, taman riadah hanya sekadar mencukupkan syarat.

Saya hanya mahu berikan tumpuan pada jalan raya di dalam kawasan taman sahaja. Tak perlu masuk ke jalan raya utama yang hubungkan antara taman dan pekan persekitaran. 

Soalannya, adakah jalan di dalam taman itu khas hanya untuk kenderaan?

Fikiran korup manusia moden

Jika anda seorang yang sudah tidak siuman, jenis kera sumbang tidak bersilaturahim dengan jiran atau penduduk taman, tidak juga bersosial dengan ahli masjid dan surau, tidak pernah keluar taman riadah dan tidak pernah pergi ke pekan atau keluar dari taman itu melainkan dengan menaiki kenderaan, samada kereta atau van atau motosikal, maka sudah tentu beranggapan bahawa semua jalan di taman perumahan itu hanya untuk kenderaan sahaja.

Anda anggap begitu sebab sudah korup fikiran kerana telah diracuni oleh kemodenan hidup. Tidak dapat melihat kehidupan ini sebagai tempat menjalani kehidupan sebagai seorang manusia yang waras, kreatif, saling berhubungan, saling membina potensi diri dalam membentuk sebuah masyarakat yang baik.

Manusia moden yang korup kerjanya adalah keluar awal pagi, naik kereta menuju ke tempat kerjanya untuk berkhidmat menghambakan diri kepada majikan kerana perlukan duit. Dia sangat perlukan gaji untuk membolehkannya makan dan minum, membesarkan anak-anak masuk ke pusat pengeluaran hamba berikutnya, dan seterusnya anak-anak membesar untuk sambung jadi hamba abdi kepada majikan yang seterusnya. Majoritinya adalah hamba kepada sistem moden dunia sekarang.

Dengan keadaan begitu, dia beranggapan semua jalan raya taman perumahan adalah untuk memudahkan penduduk memecut dengan kenderaan masing-masing, bergegas untuk keluar dari taman menuju ke pusat perhambaan mereka sehingga lewat petang. Tak da masa jalan kaki, tak boleh tolak anak kecil dalam kereta tolak kanak-kanak, tak boleh jalan kaki melewati setiap rumah jiran, tak boleh jogging dan seumpamanya melainkan kena naik kereta moto atau kenderaan lain.

Jika kenderaan yang sedang dipandu dihalang oleh orang jogging, pejalan kaki yang mahu berjalan dari rumahnya ke kedai di depan taman, atau mungkin basikal sekalipun, dia akan himpit atau langgar saja mereka. Jika terlanggar yang bersalah adalah pejalan kaki, atau yang jogging atau pakcik yang tolak anak kecil dalam kereta sorong, sebab tidak berada pada tempatnya yang sesuai.

Ramai sebenarnya yang secara sedar atau tidak berfikiran sedemikian. Bukan sengaja untuk jadi begitu, tapi desakan hidup, sistem kehidupan di seluruh muka bumi sudah disusun sedemikian rupa. Hidup adalah untuk kerja buat barang yang mereka sendiri perlukan, dan barang itu dibeli dari gaji yang mereka dapat untuk buat barang tersebut. Majikan adalah tuan punya kilang yang kerjanya meyakinkan anda bahwa anda perlukan barang itu.

Melihat satu keluarga berjalan kaki dari jalan raya setelah turun dari bas menuju ke pusat pengajian untuk menghantar salah seorang anaknya sambung belajar adalah satu perkara luar biasa yang pelik sekarang. Anda akan rakamkan keadaan itu, post ke media sosial dan posting itu jadi viral dan semua orang akan menyatakan rasa sedih melihat peristiwa itu. Ertinya manusia jalan kaki atas jalan raya yang biasanya khas untuk kenderaan adalah spesis dah pupus.

Patut  nyaris kena langgar

Sebenarnya jawapan atau komen dari anon terhadap artikel saya nyaris kena langgar itu menyatakan segalanya. Bila direnung, saya dapat jawapan kenapa saya jadi begitu, asyik nyaris kena langgar ketika berjogging di taman perumahan.

Kebanyakan pemandu kereta yang menggunakan jalan raya di taman perumahan punya kepercayaan sama seperti anon yang komen itu. Yang perlu disalahkan adalah orang jogging kerana telah salah guna jalan raya taman perumahan untuk jogging.

Orang yang berjalan kaki, naik basikal, berlari, tolak anak naik kereta tolak bayi dan seumpamanya telah mengganggu kenderaan mereka, maka jika berlaku kemalangan, salah semua orang selain dari pemandu kereta. Patutlah banyak berlaku kemalangan anak sekolah, pejalan kaki kena langgar dan sebagainya.

Kesian anak-anak orang susah yang berjalan kaki dari rumah ke sekolah 4 ke 5 kilometer. Mereka tidak layak menggunakan jalan raya taman sebenarnya. Masyarakat sudah tidak siuman. Dunia sudah terbalik dan semua jalan bertar tidak layak untuk pejalan kaki dan kaki jogging. Gila ke apa!

Pembangunan anti pejalan kaki

Antara isu yang saya sering kritik pada pembangunan di negara ini adalah betapa tidak mesra pengguna segala jalan raya yang dibina. Mereka hanya fikirkan kenderaan sahaja seolah-olah pejalan kaki, penunggang basikal pelari tidak layak menggunakan jalan tersebut.

Saya pernah tulis perkara sama di kampung saya di mana tiada ruang pejalan kaki di selekoh merbahaya dari sekolah menengah menuju ke pekan, sedangkan itu jalan utama kanak-kanak sekolah berulang balik dari rumah ke sekolah. Bukan semua orang kaya mampu beli motosikal atau kereta untuk anak mereka. Nasib baik kerajaan Pulau Pinang sudah betulkan keadaan itu dan ruang jalan kaki sudah ada sekarang.

Di Langkawi anda boleh lihat perkara sama. Bagi yang biasa ke Langkawi tentu nampak ia sangat adalah pusat pelancongan bertaraf dunia sebab pelancong dari serata dunia ke sana. Mereka sewa motosikal, sewa basikal, ada juga yang jalan kaki, seperti saya. Tapi malang seribu kali malang semua jalan raya di pusat pelancongan terkenal negara kita itu tidak mesra pejalan kaki. Satu lagi kegilaan berlaku di sana. Ada kaki lima tetapi tidak diselenggara dengan baik. Jika anda jalan kaki di jalan raya pulau pelancongan hebat negara kita itu, anda dedahkan diri dalam keadaan bahaya.

Kononnya kerajaan mahu lihat rakyatnya jaga kesihatan, banyakkan berjalan bersenam dan sebagainya. Kononnya kerajaan mahu rakyat sihat kurangkan pencemaran alam sekitar dengan kurangkan penggunaan kenderaan dan banyakkan jalan kaki.

Tapi dalam masa yang sama kerajaan juga tak mesra pejalan kaki dan tak mesra pengayuh basikal. Antara cakap dengan perbuatan, perbuatanlah yang menunjukkan sikap sebenar seseorang. Jadi anda sendiri dapat lihat siapa pemimpin yang menguruskan pembangunan negara kita dari dulu sampai sekarang. Semuanya adalah munafik lidah biawak.

Apa akan jadi 10 atau 20 tahun lagi .. ? 

Apapun, bagi mereka yang rajin berjalan kaki, berjogging dengan menggunakan jalan raya taman berhati-hatilah. Sebab ada ramai yang tanpa sedar anggap anda tidak ada hak berada di atas jalan raya tersebut sebagaimana berhaknya pemandu kenderaan yang ada di sekeliling. Anda perlu sentiasa bersedia dengan kemungkinan akan dilanggar dan dipersalahkan kerana ganggu pemandu kenderaan.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Patut la asyik nak kena langgar oleh kereta ketika jogging di jalan taman perumahan - Ini puncanya

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Tuan patut luangkan masa ke tempat riadah yg disediakan oleh kerajaan.Banyak rasanya tempat seperti itu yg ada sekitar kawasan perumahan.beza orang yg berjogging dan berjalan ke masjid atau surau atau budak2 yg berjalan adalah LENGGOK BADAN diatas jalan raya itu sendiri yg tidak stabil dan boleh bahayakan pengguna jalan.Tuan paham kot apa yg cuba saya sampaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana dapat idea orang berjogging tu tak stabil. Hahaha .. lawak ler. Lagipun bukan jogging di lebih raya yang setiap saat ada kenderaan. Kat taman perumahan dalam sejam tu ada 3 ke 4 buah kenderaan saja. Dah lebih 20 tahun amalkan jogging kat taman perumahan tu tak pernah lagi dengar ada bantahan. Jiran lain pun amalkan juga. Mengarut punya idea hanya boleh jogging di tempat yg kerajaan sediakan saja. Walau apapun terima kasih atas pandangan tu.

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !