Ada tentu pernah dengar petikan kata ini.
You don't decide your future. You decide your habits and your habits decide your future
Apa saja amalan yang diusahakan sehingga jadi tabiat bakal membentuk masa depan anda nanti. Kalau tabiat baik yang dibentuk, maka dengan izin Allah, hasil yang baik lah bakal anda dapat di depan sana. Begitu juga seandainya tabiat buruk yang dibina, buruklah juga yang menunggu anda di depan nanti.
Secara umum, semua orang berharap dia punya masa depan yang baik dari segi kesihatan jasmani dan rohani, ekonomi, sosial dan spiritual. Anda hanya perlu tahu apa tabiat orang yang baik kesihatannya, apa tabiat mereka yang baik kedudukan ekonominya, begitu juga untuk sosial dan spritual. Banyak sudah kajian demi kajian yang sudah dibuat untuk membolehkan anda ambil pelajaran.
Saya nak tulis bab kesihatan saja di sini. Tak banyak juga perkara yang anda perlu lihat dalam bab kesihatan, yang berada dalam kawalan sendiri. Untuk kesihatan yang datang dari genetik, bukan lagi di bawah kawalan diri.
Nak jaga kesihatan hanya perlu jaga makan, rehat dan bergerak. Apa makanan dan minuman yang anda ulang makan dan minum sampai jadi tabiat menentukan tahap kesihatan anda nanti. Amalan anda untuk tidak makan, iaitu berpuasa juga bakal menentukan tahap kesihatan.
Berapa banyak anda bergerak juga dapat menentukan apa akan jadi pada tubuh badan nanti. Manusia punya keadaan fizikal memang dibentuk untuk lebih banyak bergerak. Ini juga berdasarkan kajian. Ada satu rumusan yang mengatakan jika anda duduk tak bergerak lebih dari 8 jam sehari, maka anda memang sengaja tak sayang tubuh badan, kesannya negatifnya sama seperti orang yang terlebih gemuk atau merokok.
Amalan berjogging
Untuk jaga kesihatan, salah satu dari usaha saya sejak lebih 20 tahun yang lalu adalah jadikan amalan berjogging sebagai tabiat. Alhamdulillah berjaya dibentuk sejak hari pertama buat keputusan untuk keluar dan jogging, hingga ke hari ini ia melekat jadi tabiat.
Masa duduk di kampung dulu, sejak zaman kanak-kanak sampai remaja dan dewasa, bersukan memang dah jadi malan. Tiap petang main bola dengan kawan-kawan di padang yang asalnya sawah bendang kemudian diusahakan secara gotong royong ubah sampai jadi padang bola. Jika pergi kerja, masuk saja waktu petang dah mula menggigil nak balik rumah sebab nak main bola. Bila dah sampai ke tahap ketagih begitu, tak perlu risau lagi pasal bersenam.
Kemudian bila berhijrah ke Lembah Kelang, kesibukan hidup di jadikan alasan untuk tidak teruskan amalan bersenam. Pergi kerja awal pagi, balik lewat petang dah tak ada apa-apa aktiviti fizikal lagi, Begitulah berterusan selama 2 tahun. Sedar-sedar berat badan naik, perut boroi dan badan kemasai. Satu hari saya nekad untuk ubah semua itu. hidayah dari Tuhan juga yang memudahkan saya buat keputusan dan petang itu juga saya tukar pakaian, pakai saja apa kasut yang ada dan terus keluar rumah berjogging.
Sejak itu, samada suka atau tidak, malas atau rajin, ada mood atau tak ada, saya paksa diri keluar waktu petang pakai kasut dan pergi jogging antara setengah jam ke satu jam. Orang tua-tua kata, jika satu-satu amalan diulang sampai 44 kali berturut-turut, ia melekat jadi tabiat. Memang betul pun, Akhirnya jadi tabiat sehingga lah sekarang.
Kenapa mudah beramal
Ada kawan-kawan yang tanya bagaimana saya boleh mudah sangat buat keputusan nak ubah amalan dari tak bersenam kepada rajin bersenam?
Pertama sekali saya akui bahawa itu adalah anugerah Allah, tiada apa yang perlu dibanggakan. Jika Dia nak bagi, tiada apa yang dapat halang lagi. Kalau Dia tak nak bagi, tak ada apa yang dapat bantu. Jika ada kesedaran, berdoalah minta padaNya.
Kesedaran akan diikuti oleh perlakuan jika perkara yang anda nak buat itu mudah. Dalam kes saya di atas tadi, memang saya mudahkan perbuatan itu. Tak perlu tunggu ada kasut sesuai. Kalau tak silap, saya hanya pakai kasut sekolah lama saja untuk keluar jogging.
Tak payah nak pergi cari Taman khas dilengkapi dengan trek atau padang besar dihiasi pokok-pokok hijau dan segar serta dikunjungi ramai gadis-gadis jelita berlegging hitam. Cukup keluar dari rumah jejak jalan tar di depan tu dan mula bersenam keliling taman dari pagar rumah ke pagar rumah di taman perumahan tempat anda tinggal. Mudah dan pantas.
Alasan kena jogging atau bersenam di taman awam khas hanya membuatkan amalan baik itu menjadi susah saja. Nak kena start kereta, pandu lebih setengah jam ke taman, cari parkir, keluar buat stretching, kemudian baru nak jogging.
Bila selesai kena tunggu sekejap bagi hilang peluh sebelum masuk kereta, pandu balik ke rumah, habis masa lagi lebih setengah jam. Urusan yang anda boleh lakukan yang perlukan masa paling lama sejam saja jika buat di taman perumahan tempat tinggal, akan ambil masa lebih dari 2 ke 3 jam. Habis masa habis tenaga, tak kira duit minyak lagi, dan itu semua hanya mendorong kepada hilang keseronokkan dan akhirnya amalan bersenam tidak berjaya diterap jadi tabiat.
Formulanya adalah sentiasa fikir bagaimana amalan yang anda mahu jadikan tabiat itu semudah mungkin untuk disegerakan, lancar untuk dilaksanakan serta dapat mengelakkan diri dari ditangguh sehingga mood semangat tinggi datang baru nak buat.
4 langkah bina tabiat
Bila saya beli dan baca buku Atomic Habits, bagaimana nak bentuk amalan dengan cara mudah yang terbukti berkesan, saya dapat jawapan kenapa amalan berjogging yang nak saya terapkan itu akhirnya berjaya dengan amat mudah sekali.
Ada 4 langkat asas yang anda perlu sediakan untuk membentuk tabiat baru. Anda perlu jadikan perkara tersebut,
- Terang menonjol
- Menarik
- Mudah
- Ada ganjaran
Jalan depan rumah adalah trek bersenam, memang sangat terang dan menonjol. Kasut sekolah tersadai atas rak sebelah pintu masuk, juga amat jelas dan menonjol. Jalan raya depan tu memang menarik, lapang dan damai, suasana depan rumah orang juga selesa, rumah yang ada cantik-cantik, saya lalu jalan depan belakang yang menarik dan juga jiran-jiran yang saling bertegur sapa dab baik, juga sangat menarik.
Mudah, memang sangat mudah seperti yang saya dah sebut di atas sekali. Dari segi ganjaran memang ada banyak, jiran puji, peluh basah baju, rasa puas dan sihat dan letih buat malan mudah tidur. Apa lagi saya nak.
Dengan semua elemen 4 perkara di atas tadi, memang terbukti mudah dan berkesan. Itu sebabnya kenapa saya sangat jarang pergi trek atau taman riadah awam untuk berjogging. Kalau pergi pun, saya akan bawa satu keluarga pergi ramai-ramai paksa semua orang keluarkan peluh dan dalam masa yang sama membina ikatan mesra sesama ahli keluarga dan bergembira. Itu saja kegunaan taman awam.
Untuk anda yang nak ubah tabiat, beli la buku Atomic Habits dan baca serta amalkan. Banyak tabiat baru saya bentuk hasil dari mengamalkan apa yang ditunjukkan dalam buku tersebut. Selamat mencuba.
Nak dapatkan buku tu mudah saja. Beli kat shopee. Saya berikan linknya kat sini klik dan beli.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !