Hari ni saya cuba menulis tentang sedikit pembacaan saya sebagai individu yang sederhana. Saya ni orang sederhana, belajar dalam kelas pun sederhana, masa exam pun sederhana; sama macam orang lain.
Cuma, saya ada sedikit minat yang agak mendalam iaitu keinginan untuk belajar macam mana nak jadi jadi insan yang lebih baik.
Itu pun bukan lah keinginan masa sekolah tetapi mula timbul apabila saya mula bekerja. Saya kata aku ni tak pandai tapi nak belajar dah lepas masa sekolah. Jadi dengan izin Allah aku kena cari jalan improve diri.
Dalam usaha nak tingkatkan diri, saya ambil masa kaji macam mana orang-orang genius, prodigi, dan mereka yang hebat dalam bidang masing-masing berjaya. Apa rahsia mereka?
Kalau kita tengok tokoh-tokoh macam Steve Jobs, Nikola Tesla, Albert Einstein, Thomas Edison, dan Abraham Lincoln, satu perkara yang menonjol adalah—mereka tak ada rekod cemerlang dalam akademik. Steve Jobs berhenti belajar, Tesla tak habis universiti, Einstein dapat keputusan buruk, Edison belajar sendiri, dan Lincoln belajar di rumah. Mengikut standard pendidikan biasa, mereka tak sepatutnya berjaya. Tapi mereka tetap jadi luar biasa.
Apa yang buat mereka berbeza?
Keinginan atau obsesi untuk jadi pakar.
Menurut Robert Greene, “Penguasaan — perasaan bahawa kita ada kawalan yang lebih baik terhadap dunia, orang lain, dan diri kita sendiri.”
Obsesi mereka untuk faham dunia, mengawal minda sendiri, dan buat perubahan dengan fokus dan ringkas adalah kunci kejayaan mereka. Bila tengok mereka bekerja, kita nampak macam senang, tapi sebenarnya ada satu proses panjang di belakangnya.
Tahap-Tahap Untuk Jadi Pakar
Untuk jadi pakar dalam apa-apa, kita kena lalu beberapa peringkat. Fikirkan macam satu perjalanan—penuh dengan pembelajaran, cabaran, dan akhirnya penguasaan. Ini pecahan peringkatnya:
1. Tak Tahu Apa Tak Tahu
Ini permulaan. Kita tak tahu langsung apa yang kita tak tahu. Dalam erti kata lain, kita tak sedar apa kelemahan kita. Masa ni mungkin kita rasa tak perlu pun perbaiki apa-apa.
2. Sedar Kekurangan Diri
Pada tahap ni, kita mula sedar apa kelemahan kita. Inilah masa yang paling susah sebab ramai orang berhenti kat sini. Cabarannya nampak besar sangat, dan kita mula rasa putus asa. Tapi, ini juga masa di mana kesedaran sebenar bermula. Kita tahu ada banyak benda yang perlu diperbaiki.
3. Sedar dan Ingin Belajar
Ini peringkat di mana kita mula belajar dan boleh buat kerja dengan baik, tapi masih perlukan usaha keras. Kalau buat silap, mungkin kena ulang banyak kali. Peringkat ni macam kita dah dekat nak sampai puncak gunung, tapi pendakiannya sangat curam
4. Sedar Kekuatan Diri
Ini peringkat terakhir. Bayangkan Mozart dengan piano, Stephen Curry dengan 3-pointer, atau Feynman dengan fizik. Bila dah sampai tahap ni, kemahiran tu dah masuk ke bawah sedar kita. Kita boleh buat benda tu dengan senang tanpa perlu fikir panjang.
Macam Mana Nak Jadi Pakar
Nak lepas dari dua (2) peringkat pertama yang penuh dengan kekeliruan dan kekecewaan memang susah. Tapi kalau anda dah sampai baca sampai sini, saya yakin anda dah bersedia untuk lalui cabaran ni. So, macam mana nak jadi pakar dengan lebih cepat?
a. Obsesi Terhadap Kebenaran
Dalam pembelajaran, kita kena sentiasa cari kebenaran. Kita semua lahir dengan rasa ingin tahu, tapi makin dewasa, makin kurang. Untuk kuasai sesuatu, kita kena kembalikan semula rasa ingin tahu tu dan terus cari kebenaran, walaupun ia mungkin tak selesa.
b. Kena Ada Radar Untuk Belajar
Ramai orang lari bila berdepan dengan kesusahan atau cabaran. Kita suka salahkan orang lain atau keadaan. Tapi sebenarnya, kesusahan itulah yang membantu kita berkembang.
Menurut “cognitive load theory,“ cabaran yang susah itu adalah kunci untuk kita belajar dengan lebih baik. Jadi, jangan lari, hadapi ia.
c. Anggap Pengetahuan Macam Pokok
Pengetahuan ni macam pokok. Batang pokok adalah asas kita, dan daun serta dahan adalah butirannya. Ramai orang cuba ambil daun dulu (butiran kecil), tapi pakar fokus kepada kukuhkan batang (asas) dulu. Bila batang dah kukuh, semua butiran akan jadi lebih mudah.
d. Fikir Secara Lebih Tinggi
Ada dua jenis pemikiran:
- Pemikiran rendah: hafal, faham, guna.
- Pemikiran tinggi: analisis, nilai, cipta.
Semakin banyak kita fokus kepada pemikiran tinggi (membuat hubungan antara idea dan menganalisis), semakin mudah kita ingat dan faham sesuatu perkara. Daripada sekadar baca ulang-ulang, cuba guna analogi. Daripada hafal, ajar benda tu kepada orang lain. Fikir dengan cara yang lebih tinggi.
e. “Zoom” Masuk dan “Zoom” Keluar
Otak kita suka buang benda yang tak relevan. Jadi, untuk betul-betul belajar, kita kena tengok benda dari dua perspektif: “Zoom” masuk pada butiran kecil dan “Zoom” keluar untuk tengok gambaran besar.
Gambaran besar buat kita faham konteks, dan butiran kecil buat kita kukuhkan pengetahuan. Kuncinya, jangan lupa kedua-dua perspektif ni.
Menguasai Kekuatan: Satu Pembelajaran Berterusan
Penguasaan ni bukan benda yang kita boleh capai dalam satu malam. Ini ialah satu perjalanan yang perlukan kesabaran, ketekunan, dan kesanggupan untuk hadapi ketidakselesaan.
Tapi, ganjaran untuk jadi pakar sangat berbaloi. Pakar ada kemampuan untuk tengok dunia dengan cara dan perspektif yang berbeza, untuk mengawal diri mereka dengan lebih mudah dan tenang, dan untuk buat perkara yang sukar tetapi nampak lebih mudah.
Kebanyakan orang tak sampai tahap ni sebab mereka tak sanggup hadapi kegagalan dan kekecewaan di peringkat awal. Tapi kalau anda terus komited, sentiasa berusaha, dan ikut prinsip ini, insyAlalh sama-sama kita dapat tingkat diri.
Jadi teruskan belajar, jangan putus asa, dan sentiasa kejar penguasaan dalam apa jua yang anda lakukan.
Segala yang baik dari Allah dan semua kelemahan dari saya. Semoga ada manfaat untuk semua insyaAllah.
Cara Menguasai Keinginan Untuk Tingkatkan Diri
Azad Jasmi l 14 Okt 2024
————————
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !