Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

04 November 2024

Petua tradisional kawal kolestrol dan kencing manis dengan minum air rebusan daun pandan

  Ano Nyme       04 November 2024


Masa duduk di kampung dulu, mak tanam pokok Pandan di sebelah rumah dalam satu kawasan agak berair. Pokok panda itu tumbuh subur dalam kawasan yang bersaiz lebih kurang 4 x 6 kaki. Selain dari kegunaan kami sekeluarga, ramai lagi orang kampung yang datang petik daun pandan kami.

Memang begitulah adat duduk kampung. Buah, sayur, herba, ulam, makan minum tak ada yang berkira. Hangpa ambil kami punya, kami ambil hangpa punya. Apa yang kami masak lebih jiran akan merasa dan begitulah juga apayang jiran masak lebih kami dapat rasa. 

Alhamdulillah, orang rumah, walaupun duduk di taman perumahan amalkan budaya sama walaupun jiran sebelah kami sekarang di kanan India dan kiri Cina. Apa saja yang ada lebih yang keluarga kami dapat, jiran akan merasa. Kalau ada banyak, habis 2 baris rumah jiran orang rumah akan hantar.

Orang rumah juga rajin tanam pokok. Tapi hanya setakat dalam pasu saja sebab semua tanah ditutup oleh batu dan tar. Tapi masih mencukupi untuk kegunaan masak memasdak kami sekeluarga. Ada serai, ada lengkuas, ada daun kunyit, ada daun kari. 

Cuma tak berapa best sikit di taman ini ada beberapa manusia yang perangainya pelik. Bila dia nak pakai daun kari umpamanya, dia mai ambil senyap-senyap dan patahkan pokok macam khianat. Kalau rentap serai, habis rosak tercabut rumpunnya. Kenapa tak datang minta izin saya pun tak paham. Mungkin dah diajar supaya selesa mencuri dari meminta.

Ada Cina di depan padang permainan tanam pokok daun kaduk penuh depan rumahnya. Daunnya sihat dan saya sering petik 5 ke 10 helai setiap kali nak makan Miang Kham. Dah tentu minta izin terlebih dulu. Dia ok saja. Ada pokok daun kari yang agak besar dia tanam dan saya sering lihat individu sama pergi macam pencuri rentap pokok daun kari tu. Nak tegur rasa serba salah sebab dah tua bangka masih tak boleh fikir sendiri.

Berbalik kepada tajuk tentang daun pandan di atas. 

Dari amalan perubatan ayurvedic, daun pandan dah lama digunakan untuk tujuan kesihatan. Ada banyak khasiat yang ada padanya. Anda boleh rujuk artikel di sini untuk dapatkan maklumat perubatan daun pandan. Juga boleh baca di artikel ini.

Di bawah ini pula adalah artikel sumbangan En Azad Jasmi yang kongsikan petua dari orang yang dia jumpa yang punya masalah kesihatan. Setelah mencuba ramuan mudah minum air daun pandan, kesihatannya terkawal dengan baik.

Bagi anda yang ada masalah kesihatan sama, boleh cuba.

Jom baca tulisannya di bawah.

_________________________________________

1. Saya baru mendapat petua ini dari seseorang yang menghadapi sakit kencing manis bertahun-tahun serta tahap kolesterol yang tinggi.

2. Semalam apabila berbicara dengan beliau, beliau memberitahu saya sejak 3-4 bulan lepas kadar gula beliau yang berada pada tahap “20” ke atas dan masalah beliau juga ada “gout” dan bisul selalu naik di badan disebabkan kadar gula yang tinggi.

3. Selain itu beliau juga ada masalah sakit lutut. Umur beliau 62 tahun.

4. Namun beliau menyatakan, pada 4 bulan lepas beliau amalkan minum air daun pandan. Minum air daun pandan tanpa masukkan sebarang campuran lain. Hanya air rebusan daun pandan.

5. Ini cara-caranya menurut beliau:-

  1. Ambil 10 daun pandan dan rebus dalam periuk.
  2. Daun pandan itu boleh dipotong atau biarkan tanpa potong.
  3. Masukkan air penuh dalam periuk. Rebus sehingga air pandan jadi kekuningan.
  4. Jika kita rebus dan air dalam periuk akan berkurangan separuh, tambah lagi separuh sehingga penuh. Ulang 1-2 kali sehingga air rebusan menjadi kekuningan.
  5. Simpan air dan boleh diminum secara suam atau sejuk.
  6. Beliau simpan dalam jar dan minum segelas pagi, segelas tengahari dan segelas malam.

6. Selepas 3 minggu beliau minum dan sehingga sekarang kadar gula dah turun ke 5 dan beliau dah tak makan ubat diabetes, tiada lagi gout, tiada sakit lutut.

7. Selain itu, masalah susah buang air besar (beliau biasanya ambil masa 3-4 hari sekali untuk buang air besar namun sekarang setiap hari beliau buang air besar)

8. Bagi yang sihat tanpa diabetes juga boleh amalkan tapi segelas sehari kerana bimbang akan turunkan tahap gula terlalu renda yang jadi “hypo”. Saya belum mencuba namun saya ingin kongsikan agar masing-masing dapat manfaat insyAllah.

Semoga Allah rahmati usaha kita. Yang baik dari Allah dan buruk itu pasti dari saya. 

Artikel sumbangan En Azad Jasmi di bawah tajuk:

Petua Turunkan Kadar Gula dan Kolestrol Serta Gout | 4 Nov 2022

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Petua tradisional kawal kolestrol dan kencing manis dengan minum air rebusan daun pandan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !